Kes baharu Covid-19 kekal lebih 2,000, satu kematian dilaporkan

June 19, 2022 · Isu semasa

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Sabtu, 18 Jun 2022) kekal melebihi 2,000 kes, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini pagi ini.

Dalam tempoh itu sebanyak 2,127 jangkitan virus SARS-CoV-2 dilaporkan, turun tiga kes berbanding 2,130 yang dicatat pada Jumaat, menurut data laman sesawang CovidNOW.

Data laman sesawang Github KKM menunjukkan, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 1,553 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19; penerima dua dos (399 kes); individu tidak divaksinasi (156 kes); dan penerima belum lengkap vaksinasi (19 kes).

Jumlah kes baharu itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 sebanyak 4,538,922 kes, dengan 4,476,828 pesakit telah sembuh, termasuk 1,390 yang pulih semalam.

Sehingga semalam juga sebanyak 26,363 kes masih aktif, meningkat berbanding 25,626 kes pada Jumaat.

Pesakit yang masih menjalani kuarantin di rumah turut meningkat kepada 25,350 daripada 24,585 pada Jumaat, manakala lapan pesakit ditempatkan di PKRC, turun berbanding 13 pesakit pada Jumaat.

Sementara itu, jumlah individu yang menerima rawatan di hospital akibat Covid-19 sehingga semalam turun kepada 981 kes daripada 993 pesakit pada Jumaat.

Jumlah pesakit yang dimasukkan ke unit rawatan rapi juga turun daripada 32 kes pada Jumaat kepada 23 kes semalam, dengan 16 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berikut adalah pecahan kes harian semalam serta kumulatif positif sejak 2020 mengikut negeri:

  • Selangor – 897 (1,380,051);
  • Johor – 40 (385,261);
  • Sabah – 127 (373,339);
  • Kuala Lumpur – 482 (364,162);
  • Sarawak – 31 (307,317);
  • Kedah – 36 (301,164);
  • Pulau Pinang – 153 (283,535);
  • Kelantan – 11 (248,120);
  • Negeri Sembilan – 72 (206,375);
  • Perak – 137 (205,625);
  • Pahang – 19 (172,046);
  • Terengganu – 16 (126,430);
  • Melaka – 79 (125,280);
  • Labuan – 0 (21,439);
  • Putrajaya – 26 (21,270); dan
  • Perlis – 1 (17,508).

Sementara itu, KKM turut memaklumkan seorang pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, iaitu di Perak.

Sejak Mac 2020 hingga semalam, kumulatif kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 35,732 kes, termasuk 7,579 kes pesakit meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan.

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022· Dunia
Malaysia-India setuju iktiraf bersama sivil vaksinasi
June 18, 2022· Uncategorized
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
4 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
5 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
5 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
5 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok