Kes baharu Covid-19 kekal bawah 4,000

Kes baharu jangkitan Covid-19 dalam negara hari ini kekal bawah 4,000 dua hari berturut-turut dengan mencatatkan rekod 3,504 kes setakat jam 12 tengah hari.

Perkara itu diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka itu sekali gus menjadikan sehingga ini negara mencatatkan 2,695,143 individu sudah dijangkiti virus berkenaan.

Semalam, jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara turun kepada 3,490 kes berbanding 4,626 kes yang dilaporkan pada Sabtu.

Jumlah itu adalah yang terendah sejak 3 Mei lalu yang merekodkan 2,500 jangkitan.

Dalam pada itu, jumlah pesakit Covid-19 yang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam semalam turun hampir separuh berbanding 31 kes pada Sabtu, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Menurut laman sesawang CovidNOW, seramai 17 pesakit meninggal dunia semalam, termasuk tiga yang belum sempat menerima rawatan perubatan di hospital atau ‘brought in death’ (BID).

Jumlah itu menjadikan keseluruhan kematian sejak awal tahun lalu hingga semalam sebanyak 30,879 kes, termasuk 6,246 kes BID, menurut KKM.

BERITA BERKAIT
POPULAR