Kes baharu Covid-19 di Langkawi turun separuh berbanding semalam

October 9, 2021 · Isu semasa

Jangkitan Covid-19 di Pulau Langkawi dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi turun kepada 33 kes berbanding 62 kes yang dilaporkan dalam tempoh sama semalam, menjadikan keseluruhannya 5,719 kes.

Mengikut statistik dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi (PKDLangkawi) tiga daripada enam mukim di daerah itu merekodkan peningkatan jangkitan dalam kalangan komuniti.

Mukim Padang Matsirat merekodkan sembilan kes hari ini berbanding enam kes semalam, diikuti Kedawang dengan tujuh kes hari ini (dua kes semalam), dan Ayer hangat sebanyak enam kes (lima kes semalam).

Sehingga semalam, pulau peranginan yang dibuka kepada pelancong tempatan sejak 16 September lalu merekodkan 773 kes aktif, dan 5,136 pesakit telah sembuh, serta 72 kematian.

Kerajaan kini merancang membuka pulau peranginan itu kepada pelancong antarabangsa tidak lama lagi, susulan kejayaan Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik.

Sehingga kini, hanya satu kes membabitkan pelancong yang disahkan positif di pulau itu. Ia melibatkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang melancong bersama ibu bapanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
Skandal kapal tempur TLDM ‘ribut’ jatuhkan BN, UMNO pada PRU-15
August 9, 2022
PN gesa tubuh Suruhanjaya Bebas Diraja siasat skandal kapal tempur
August 9, 2022
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
3,083 kes semalam, 12 kematian
3 minit lalu · Isu semasa
RUU Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 lulus
3 minit lalu · Isu semasa
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
10 jam lalu · Isu semasa
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
11 jam lalu · Isu semasa
UMNO cawangan terima RM10,000 daripada Shahrir Samad, kata saksi
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok