Kes baharu Covid-19 di 11 negeri, wilayah meningkat hari ini

August 28, 2021 · Isu semasa

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu, naik semula kepada 22,597 berbanding 22,070 kes yang dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan kumulatif kes sejak pandemik Covid-19 melanda negara awal tahun lalu kepada 1,685,510 kes.

Mengikut data dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini 11 daripada 16 negeri dan Wilayah Persekutuan mencatatkan peningkatan kes positif dalam tempoh itu.

Jangkitan di Perlis semakin membimbangkan apabila terus meningkat sejak beberapa hari lalu, malah hari ini kes positif di negeri itu menghampiri angka 100.

Negeri yang merekodkan peningkatan kes ialah Sarawak; Pulau Pinang; Perlis; Perak; Negeri Sembilan; Kelantan; Kedah; Johor; Kuala Lumpur; Putrajaya; dan Terengganu.

Sementara itu, Kompleks Rawatan Harian (ACC) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, Selangor yang sebelum ini dijadikan wad sementara pesakit Covid-19 akan dibuka semula Isnin ini.

HTAR memaklumkan pasukan Bomba dan Penyelamat Seri Andalas dan Pelabuhan Klang bersama-sama dengan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Shah Alam melaksanakan proses sanitasi sejak semalam.

“Ia adalah proses sanitasi dan dekontaminasi terakhir sebelum ACC dibuka semula pada Isnin depan,” menurut hospital itu menerusi hantaran dalam Facebook HTAR.

HTAR memaklumkan bagi pengoperasian semula klinik-klinik di ACC pula, ia dijangka akan bermula pada September ini.

Berita berkaitan
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
September 29, 2022· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
September 29, 2022· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
MPN bimbang kejatuhan ringgit, tapi Gabenor kata bukan pengukur keadaan ekonomi
October 3, 2022
Mangsa banjir di Johor meningkat lagi pada tengahari, Mat Maslan mana?
October 3, 2022
Permohonan Najib ke Parlimen ditolak Jabatan Penjara, kata peguam
October 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Dua juta pekerja asing bakal masuk dalam tempoh terdekat: Saravanan
9 jam lalu · Isu semasa
Bantuan makanan bawah program MPN libatkan hampir 15,000 golongan rentan
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.70, kerajaan masih abai nasihat MPN
10 jam lalu · Isu semasa
MPN bimbang kejatuhan ringgit, tapi Gabenor kata bukan pengukur keadaan ekonomi
10 jam lalu · Isu semasa
Permohonan Najib ke Parlimen ditolak Jabatan Penjara, kata peguam
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Najib bukan Ahli Parlimen jika pengampunan ditolak, jelas Shafee
9 jam lalu
[VIDEO] Hutang negara dalam dolar AS hanya 5 peratus, kata menteri
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok