Kes baharu Covid-19 3,080 dan penggunaan katil ICU capai 61 peratus

July 19, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 3,080 kes baharu jangkitan Covid-19 semalam dengan beberapa negeri mencatatkan peningkatan jumlah kemasukan di hospital.

Jumlah kes semalam kurang sedikit berbanding sehari sebelumnya dengan 3,936 kes, bagaimanapun kadar kemasukan pesakit ke hospital meningkat.

Berdasarkan data di laman sesawang CovidNOW, kes baharu itu menjadikan 42,185 kes masih aktif dengan 40,622 individu menjalani isolasi di rumah, manakala 1,472 pesakit dirawat di hospital dan 34 kini di Pusat Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Pesakit baharu Covid-19 yang dimasukkan ke wad membabitkan 545 orang menjadikan kadar kemasukan ke hospital mencecah 68.5 peratus.

Data juga menunjukkan penggunaan katil di wad juga tinggi di beberapa negeri iaitu 87.4 peratus di Melaka, Johor (87.1 peratus); Kedah (84.7 peratus); Selangor (81.9 peratus) diikuti Kelantan (80.9 peratus).

Selain itu, penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara mencecah 61.7 peratus membabitkan 57 pesakit Covid-19.

Selain itu, setakat tengah malam tadi, seramai 37 pesakit Covid-19 yang ditempatkan di ICU memerlukan bantuan pernafasan.

Walaubagaimanapun, data yang dikemaskini setakat jam 5.48 pagi ini, menunjukkan tiada kes kematian termasuk kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Satu sen pun tiada peruntukan dari kerajaan : MP pembangkang
June 13, 2023
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok