[KEMAS KINI] Kes baharu 15,215 semalam, 64 kematian direkod

Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (29 Mac 2022), naik sedikit setelah turun empat hari berturut-turut.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan dalam tempoh 24 jam semalam sebanyak 15,215 jangkitan baharu dikesan, berbanding 13,336 pada Isnin, menjadikan kumulatif kes positif sejak awal 2020 lalu sebanyak 4,152,203 kes.

Data daripada laman sesawang CovidNOW menunjukkan dalam tempoh lebih dua tahun lalu seramai 3,920,643 pesakit telah sembuh, 34,842 kematian dilaporkan dan 211,869 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu seramai 205,927 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 817 ditempatkan di PKRC; 4,843 dimasukkan ke hospital; dan 282 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 176 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Data juga menunjukkan hampir semua negeri dan Wilayah Persekutuan mencatat peningkatan kes harian semalam, kecuali Kedah, Johor dan Terengganu, dengan Selangor merekodkan 6,985 kes baharu, berbanding 6,509 pada Isnin.

Daripada jumlah kes aktif itu seramai 92,810 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 216 ditempatkan di PKRC; 1,110 dimasukkan ke hospital; dan 46 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 23 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam 4,809,628 atau 95.0 peratus daripada populasi di Selangor telah lengkap divaksinasi, 5,131,217 atau 101.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 3,958,717 atau 92.9 peratus individu dewasa menerima dos penggalak.

Sementara itu, seramai 64 pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, meningkat berbanding 54 kes semalam. Jumlah itu termasuk 14 kematian di luar fasiliti kesihatan atau kes brought in death (BID).

Sejak awal 2020 lalu, keseluruhan kes kematian akibat Covid-19 mencecah 34,906, termasuk 7,362 kes BID.

Data CovidNOW yang dikemas kini pagi ini menunjukkan Perak mencatat kes kematian tertinggi sebanyak 20 kes, menjadikan kumulatif meningkat kepada 1,817 kes.

Sehingga semalam, Perak mencatat 187,922 kumulatif positif dengan 175,996 pesakit telah sembuh; dan 101,109 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu seramai 9,704 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 15 ditempatkan di PKRC; 371 dimasukkan ke hospital; dan 19 pesakit dirawat di ICU, dengan 15 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam juga seramai 1,867,768 atau 74.4 peratus populasi di Perak telah lengkap divaksinasi, 1,982,163 atau 79.0 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos dan 1,129,602 atau 60.1 peratus individu dewasa menerima dos penggalak.

Bagi negeri-negeri lain, Kedah mencatat lapan kes kematian, diikuti Selangor (tujuh); Pulau Pinang (enam); Johor (lima); masing-masing empat di Negeri Sembilan serta Sarawak; (Kelantan (tiga); masing-masing dua di Melaka, Pahang serta Sabah; dan satu di Terengganu.

Pecahan kes berkaitan Covid-19 di setiap negeri sehingga 29 Mac 2022.

BERITA BERKAIT
POPULAR