Kes baharu cecah 4,498

Sebanyak 4,498 jangkitan baharu Covid-19, tertinggi sejak Februari, dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam melonjak daripada hari sebelumnya.

Semalam negara mencatatkan sebanyak 3,551 kes jangkitan baharu dengan Kedah, Negeri Sembilan dan Perak melaporkan kes harian lebih tinggi berbanding purata 14 hari terakhir.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, Selangor masih merekodkan jumlah kes tertinggi melibatkan 1,424 kes diikuti Sarawak (750) dan Kuala Lumpur (436).

Kes kumulatif terkumpul sehingga hari ini adaah sebanyak 432,425.

POPULAR