Kes baharu 1,877, dua kematian

May 28, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 1,877 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara semalam (Jumaat 27 Mei 2022), meningkat sedikit berbanding 1,845 yang dicatat pada Khamis.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jumlah itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,500,934 kes.

Dalam tempoh sama, seramai 4,439,892 pesakit telah pulih, termasuk 1,680 yang sembuh semalam, manakala 25,384 kes masih aktif.

Seramai 24,234 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah; 22 ditempatkan di PKRC; 1,098 dirawat di hospital; dan 30 dimasukkan ke unit rawatan rapi, dengan 18 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Daripada 1,877 jangkitan baharu semalam, 1,239 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 391 kes (penerima dua dos); 216 kes (individu tidak menerima vaksinasi); dan 31 (penerima belum lengkap vaksinasi).

Berikut adalah kumulatif positif bagi setiap negeri sejak wabak Covid-19 melanda negara awal 2020 lalu:

  • Selangor – 1,363,627;
  • Johor – 384,168;
  • Sabah – 371,921;
  • Kuala Lumpur – 356,370;
  • Sarawak – 306,509;
  • Kedah – 300,207;
  • Pulau Pinang – 280,948;
  • Kelantan – 247,827;
  • Negeri Sembilan – 204,607;
  • Perak – 203,398;
  • Pahang – 171,644;
  • Terengganu – 126,199;
  • Melaka – 124,174;
  • Labuan – 21,417;
  • Putrajaya – 20,507; dan
  • Perlis – 17,411.

Sementara itu, dua pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 35,658 kes, termasuk 7,552 kes BID.

Dalam tempoh semalam juga tiada kluster baharu Covid-19 dilaporkan, namun hingga ini lima daripada 7,012 kluster masih aktif, manakala selebihnya telah ditamatkan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok