Kes baharu 10 negeri naik, Sarawak kekal tertinggi

September 8, 2021 · Isu semasa

Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi meningkat semula melebihi paras 19,000 kes, berbanding 18,547 kes yang dicatatkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh 24 jam itu 19,733 jangkitan baharu dilaporkan, menjadikan kumulatif sejak pandemik Covid-19 menular di Malaysia awal tahun lalu kepada 1,900,467 kes.

Mengikut data Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, 10 daripada 16 negeri dan Wilayah Persekutuan mencatat peningkatan jangkitan.

Sarawak yang melancarkan program vaksinasi kepada remaja berusia antara 12 tahun hingga 17 tahun hari ini, mencatatkan penurunan jangkitan baharu, namun kekal merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 3,100 kes.

Mengikut data itu, negeri yang merekodkan peningkatan ialah Selangor yang mencatatkan 2,989 kes hari ini, berbanding 2,407 semalam; Pulau Pinang (2,477 kes hari ini, 1,776 semalam); Kedah (1,564 kes hari ini, 1,487 semalam); dan Kelantan (1,471 kes hari ini, 1,458 semalam).

Perak pula merekodkan 1,319 kes hari ini berbanding 1,197 semalam; Terengganu (904 kes hari ini, 645 semalam); Negeri Sembilan (256 kes hari ini, 229 semalam); Perlis (74 kes hari ini, 20 kes semalam); Putrajaya (29 kes hari ini, 22 semalam); dan Labuan (7 kes hari ini, 4 semalam).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Kes Hakim Syarie berbogel, polis dalam proses rakam keterangan saksi
January 13, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
20 jam lalu · Isu semasa
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022 · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok