Kes aktif terus turun, kematian di sembilan negeri naik semula

September 27, 2021 · Isu semasa

Kematian

Kes kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam, naik semula daripada 228 yang direkodkan pada Sabtu kepada 278 kes semalam, lapor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Jumlah ini termasuk 99 pesakit yang meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital atau ‘brought in death’ (BID).

Angka baharu itu menjadikan kumulatif sejak pandemik Covid-19 menular di Malaysia pada Mac tahun lalu meningkat kepada 25,437 kes, termasuk 5,022 kes BID.

Menerusi laman sesawang COVIDNOW KKM memaklumkan sembilan negeri mencatat peningkatan kes kematian semalam berbanding pada Sabtu.

Selangor kekal merekodkan jumlah tertinggi kematian apabila 113 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam berbanding 75 kes yang dilaporkan pada Sabtu.

Jumlah kematian di Pulau Pinang pula melonjak daripada lapan kes pada Sabtu kepada 31 kes semalam; Kedah (27 semalam, 15 Sabtu); dan Sabah (22 semalam, 19 Sabtu).

Kuala Lumpur merekodkan 12 kematian semalam berbanding tiga kes pada Sabtu; Sarawak (11 semalam, 9 Sabtu); Terengganu (1 semalam, 4 Sabtu); Pahang (4 semalam, 3 Sabtu); dan Negeri Sembilan (satu semalam, sifar kematian pada Sabtu).

Kes aktif

Sementara itu, jumlah kes aktif Covid-19 di seluruh negara sehingga semalam terus merekodkan penurunan daripada 191,434 kes yang dilaporkan pada Sabtu, kepada 183,289 pesakit.

Daripada jumlah itu, 152,299 pesakit kini menjalani kuarantin di rumah – turun lagi berbanding 161,889 yang dilaporkan setakat Sabtu.

Bagaimanapun, jumlah pesakit yang dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) meningkat kepada 20,147 kes berbanding 18,589 kes setakat Sabtu.

Jumlah pesakit yang dirawat di hospital di seluruh negara juga turun kepada 9,793 kes berbanding 9,886 pesakit yang direkodkan setakat Sabtu, manakala 1,050 pesakit, termasuk 582 yang memerlukan alat bantuan pernafasan, kini dirawat di unit rawatan rapi berbanding 1,071 pesakit sehingga Sabtu.

Daripada 9,793 pesakit aktif yang dirawat di hospital seluruh negara, Johor merekodkan jumlah tertinggi seramai 1,662 pesakit; Selangor (1,421); Sabah (1,146); Sarawak (1,002); Kelantan (897); Perak (702); Pulau Pinang (629); Kedah (501); Pahang (427); Kuala Lumpur (398); Terengganu (312); Melaka (240); Negeri Sembilan (225); Perlis (170); Putrajaya (57); dan Labuan (empat).

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) – dilancarkan pada 24 Februari 2021

Peratusan kumulatif pemberian dos vaksin mengikut negeri sehingga 26 September 2021.

Sehingga semalam, 83.7 peratus individu dewasa lengkap divaksinasi, manakala 93.7 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

KKM turut melaporkan sebanyak 0.9 peratus remaja lengkap divaksinasi dan 28.2 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Secara keseluruhan, 42,375,862 dos vaksin Covid-19 diberikan sejak PICK dilancarkan sehingga semalam, membabitkan 60.1 peratus atau 19,633,681 individu lengkap divaksinasi, sementara 69.9 peratus (22,834,060 individu) lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Dalam tempoh 24 jam semalam sahaja, sebanyak 269,465 dos vaksin diberikan membabitkan 117,196 penerima dos pertama dan 152,269 melengkapkan vaksinasi sama ada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal.

Mengenai jenama vaksin yang diberikan, KKM memaklumkan 47.9 peratus membabitkan vaksin jenis Pfizer, 43.9 peratus (Sinovac), 8.0 peratus (AstraZeneca), dan 0.2 peratus (Cansino).

Kadar Rt

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 26 September 2021 untuk seluruh negara adalah 0.92.

Bagaimanapun, Pahang mencatatkan kadar kebolehjangkitan 1.02, manakala Rt negeri-negeri lain adalah antara 0.85 hingga 0.98

Kes baharu

Dalam tempoh 24 jam semalam, 13,104 jangkitan baharu direkodkan, turun buat hari kedua berturut-turut, berbanding 13,899 kes yang dicatatkan pada Sabtu.

Angka terbaharu itu – terendah dalam tempoh dua bulan – menjadikan keseluruhan kes positif sejak awal tahun lalu meningkat kepada 2,198,235 kes.

Kes sembuh

Jumlah pesakit Covid-19 yang dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari semalam melonjak melepasi angka 20,000, lebih tinggi berbanding kes baharu yang dilaporkan dalam tempoh sama.

Dalam tempoh itu 20,971 pesakit disahkan sembuh berbanding 18,074 pesakit pulih dicatatkan kelmarin, menjadikan kumulatif sembuh sehingga kini mencecah hampir 1.99 juta pesakit.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tiada bekalan telur ayam di Terengganu, mana Mat Sabu?
December 19, 2022
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok