Kes aktif naik kepada 35,198

July 9, 2022 · Isu semasa

Jumlah jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Jumaat, 8 Julai 2022), turun semula kepada 3,589 kes berbanding 4,020 kes yang dilaporkan pada Khamis.

Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) memberi amaran bahawa kes Covid-19 dijangka kembali meningkat susulan sub-varian Omicron BA.5 yang dikesan telah memasuki Malaysia.

KKM memaklumkan jangkitan baharu itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,589,911 kes, dengan 4,518,912 pesakit telah sembuh, termasuk 2,224 yang pulih semalam.

Data laman sesawang Github KKM juga menunjukkan, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 2,642 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19.

Ia diikuti dengan 633 kes melibatkan penerima dua dos; 294 kes (individu yang tidak divaksinasi); dan 20 kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sehingga semalam juga, kes aktif terus meningkat kepada 35,198 berbanding 33,839 pada Khamis, dengan 33,888 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (32,617 pada Khamis), dan 27 pesakit ditempatkan di PKRC (21 pada Khamis).

Jumlah pesakit yang dirawat di hospital bagaimanapun meningkat kepada 1,241 berbanding 1,156 pada Khamis, sementara 42 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (45 pada Khamis), dengan 25 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berikut adalah pecahan kes harian semalam serta kumulatif positif sejak 2020 mengikut negeri:

  • Selangor – 1,261 (1,397,687);
  • Johor – 69 (386,590);
  • Kuala Lumpur – 1,083 (378,507);
  • Sabah – 176 (376,208);
  • Sarawak – 59 (308,286);
  • Kedah – 55 (302,103);
  • Pulau Pinang – 121 (286,280);
  • Kelantan – 21 (248,536);
  • Negeri Sembilan – 198 (208,965);
  • Perak – 275 (208,792);
  • Pahang – 46 (172,792);
  • Terengganu – 11 (126,781);
  • Melaka – 97 (126,695);
  • Putrajaya – 74 (22,445);
  • Labuan – 17 (21,570); dan
  • Perlis – 28 (17,674).

Sementara itu, KKM juga memaklumkan enam pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk dua kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Enam kes kematian itu masing-masing dilaporkan di Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Sarawak dan Selangor.

Sejak kes kematian pertama akibat Covid-19 dilaporkan di negara ini pada Mac 2020 hingga semalam, sebanyak 35,801 pesakit telah meninggal dunia, termasuk 7,593 kes BID.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Peguam sendiri tarik diri, Najib kata malang tak dapat beri hujah pembelaan
August 18, 2022
Setiausaha Agung UMNO pula ambil giliran ‘serang’ badan kehakiman
August 18, 2022
Rayuan Najib: Hisyam Teh buat pusingan ‘U’ tak failkan apapun hujahan
August 18, 2022
Bicara 1MDB libatkan Najib ditangguh, beri laluan rayuan kes SRC berlangsung
August 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
4,071 kes semalam, 7 kematian
9 minit lalu · Isu semasa
Rayuan Najib: Hisyam Teh buat pusingan ‘U’ tak failkan apapun hujahan
9 jam lalu · Isu semasa
SPRM masih teruskan siasatan skandal kapal LCS tak siap: Azam
10 jam lalu · Isu semasa
Setiausaha Agung UMNO pula ambil giliran ‘serang’ badan kehakiman
11 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh ke paras terendah sejak Januari 2017
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok