
Jumlah jangkitan baharu Covid-19 dan kes sembuh di seluruh negara semalam, 22 Julai 2022.
Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara semalam (Jumaat, 22 Julai 2022) turun kepada 3,880 kes berbanding 4,587 kes yang direkodkan pada Khamis, namun kes aktif terus meningkat.
Jumlah jangkitan semalam menjadikan kumulatif positif sejak kes pertama Covid-19 dilaporkan di negara ini pada Januari 2020, meningkat kepada 4,644,115 kes, dengan 4,559,545 pesakit telah sembuh, termasuk 2,607 yang pulih semalam.
Data laman sesawang Github Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 2,808 kes melibatkan penerima dos penggalak vaksin Covid-19; 722 kes (penerima dua dos); 322 (individu tidak divaksinasi); dan 28 kes (individu belum lengkap vaksinasi).
Sehingga semalam sebanyak 48,668 kes masih aktif, meningkat berbanding 47,409 kes pada Khamis, termasuk 47,139 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (45,856 kes pada Khamis).
Seramai 1,447 pesakit pula dirawat di hospital, turun berbanding 1,451 pesakit pada Khamis, manakala 50 lagi pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (63 pada Khamis), dengan 28 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (32 pada Khamis).
Selain itu seramai 32 lagi pesakit ditempatkan di PKRC, turun berbanding 39 pada Khamis.
Berikut adalah pecahan kes harian mengikut negeri dan kumulatif positif sejak Januari 2020:
Selangor – 857 (1,415,278);
Kuala Lumpur – 1,283 (394,738);
Johor – 132 (387,865);
Sabah – 242 (379,383);
Sarawak – 52 (309,083);
Kedah – 115 (303,301);
Pulau Pinang – 201 (288,807);
Kelantan – 69 (249,139);
Perak – 326 (212,625);
Negeri Sembilan – 252 (211,821);
Pahang – 61 (173,553);
Melaka – 137 (128,200);
Terengganu – 35 (127,133);
Putrajaya – 82 (23,641);
Labuan – 29 (21,735); dan
Perlis – 7 (17,813).
Sementara itu, jumlah kematian akibat komplikasi Covid-19 semalam yang dilaporkan KKM adalah sebanyak 14 kes, meningkat berbanding 10 kes pada Khamis.
Jumlah itu termasuk tiga kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).
Sehingga semalam jumlah kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 sejak Mac 2020 meningkat kepada 35,902 kes, termasuk 7,622 kes BID.
Kes kematian semalam melibatkan lima di Selangor; Kuala Lumpur (tiga); masing-masing dua di Kedah serta Perak; dan masing-masing satu di Kelantan serta Sabah.