Kes 1MDB Najib: Hakim arah saksi lain dipanggil, 6 saksi tak dapat hadir

January 6, 2022 · Isu semasa

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Collin Lawrence Sequerah mengarahkan supaya saksi lain dipanggil dalam perbicaraan rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan Datuk Seri Najib Razak bernilai RM2.28 bilion.

Seramai enam saksi tidak dapat hadir ke mahkamah pagi ini dan pelbagai alasan diberikan sehingga Sequerah terpaksa menangguhkan perbicaraan pada 2.30 petang ini.

Antara alasan saksi yang tidak dapat hadir ke perbicaraan kes membabitkan bekas Perdana Menteri (PM) itu, antaranya demam, berada di luar negara di London, mengalami cirit-birit, masih dalam kuarantin selepas pulang ke Malaysia selepas mengerjakan Umrah, mengambil suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 hari ini, dan perlu menghadiri dua mesyuarat syarikat.

Sekurang-kurangnya seorang daripada 50 saksi perlu dibawa dalam perbicaraan yang akan bersambung nanti, kata hakim.

Semasa prosiding di hadapan Sequerah, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram memaklumkan bahawa saksi pendakwaan ke-12, bekas ketua pegawai kewangan (CFO) 1MDB Azmi Tahir, tidak dapat hadir hari ini kerana demam dan mendapat cuti sakit.

“Kami (pendakwaan) sepatutnya memanggil Azmi Tahir untuk meneruskan (memberi keterangan hari ini). Malangnya, saya telah dimaklumkan pagi ini bahawa saksi kami telah pergi ke klinik dan mendapat MC (sijil cuti sakit) mengatakan dia tidak boleh meneruskan (prosiding) hari ini,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Semalam, Azmi memberi keterangan semasa pemeriksaan balas oleh peguam bela Hariharan Tara Singh.

Lima saksi lain yang tidak dapat hadir ialah Datuk Johan Idris, rakan kongsi pengurusan KPMG yang pernah mengaudit 1MDB sebelum ini; bekas pegawai khas Najib, Datuk Wan Ahmad Shihab Ismail Wan Ismail; bekas ahli lembaga pengarah 1MDB Tan Sri Ismee Ismail; bekas pegawai syarikat 1MDB Lim Poh Seng serta bekas pengarah setiausaha dan pematuhan TRX City Sdn Bhd Goh Gaik Kim.

“Saya memanggil lima saksi. Tetapi Johan Idris berada di London dan hanya boleh hadir pada 29 Jan; Ahmad Shihab tidak dapat ditemui kerana mengalami cirit-birit sejak tiga hari lalu; Ismee tiada kerana dia baru pulang selepas mengerjakan umrah (dari Arab Saudi) dan dia kini dikuarantin; Lim Poh Seng menjalani suntikan dos penggalaknya hari ini; dan Goh Gaik Kim juga tidak ada kerana dia perlu menghadiri dua mesyuarat syarikat (hari ini), saya menyuruhnya membatalkannya tetapi dia berkata ia penting,” kata Akram.

Sequerah kemudiannya memaklumkan agar cuba mendapatkan sekurang-kurangnya seorang daripada lebih 50 saksi pendakwaan supaya hadir prosiding petang ini.

Hakim perbicaraan itu kemudian mengosongkan prosiding pagi ini dan mengarahkan ia bersambung semula pada 2.30 petang ini. Najib hadir pada perbicaraan hari ini dan berada di kandang tertuduh.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pembelaan tertuduh.

Najib dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM2.28 bilion dana 1MDB.

Berita berkaitan
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Popular
KDN bentang usul lanjutkan tempoh tahanan SOSMA, siasatan kes rumit
March 23, 2022
56 kematian semalam, 11 kes BID
April 3, 2022
KPT larang IPT naikkan yuran pengajian
April 30, 2022
Hanya dua negeri sahaja lagi masih banjir, 705 mangsa kekal di 2 PPS
December 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok