Kes 11 negeri naik, 231 kluster aktif

November 30, 2021 · Isu semasa

Sebelas negeri hari ini mencatat peningkatan kes harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, menurut statistik dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri-Negeri.

Negeri yang merekodkan peningkatan kes baharu hari ini ialah Selangor, Kelantan, Johor, Kedah, Sabah, Kuala Lumpur, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, dan Perlis.

Selangor kembali merekodkan jangkitan tertinggi apabila melaporkan 1,097 kes baharu, berbanding 952 semalam, menjadikan kumulatif positif di negeri itu sebanyak 751,912, dengan 724,467 pesakit telah sembuh, dan 9,777 kematian.

Sehingga semalam Selangor merekodkan 18,132 kes aktif dengan 15,829 pesakit dikuarantin di rumah; 1,106 ditempatkan di PKRC; 1,116 dimasukkan ke hospital; dan 81 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), termasuk 51 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kelantan pula merekodkan 574 kes baharu berbanding 446 semalam, diikuti Johor (494 kes baharu, 413 semalam); Kedah (412 kes baharu, 333 semalam); dan Sabah (401 kes baharu, 342 semalam).

Kuala Lumpur pula mencatat 388 kes baharu berbanding 181 semalam – naik sekali ganda; diikuti Pahang (321 kes baharu, 255 semalam); Pulau Pinang (311 kes baharu, 279 semalam); Perak (210 kes baharu, 205 semalam); Negeri Sembilan (148 kes baharu, 107 semalam); dan Perlis (44 kes baharu, 28 semalam).

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sembilan lagi kluster baharu Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi.

Katanya secara keseluruhan sejak awal tahun lalu hingga hari ini sebanyak 5,947 kluster dikesan di seluruh negara dengan 5,716 kluster telah ditamatkan dan 231 kluster masih aktif.

Dalam tempoh sama katanya, 5,168 pesakit telah sembuh menjadikan kumulatif sebanyak 2,537,204 pesakit telah pulih atau 96.4 peratus daripada 2,632,782 kumulatif positif.

Menurutnya daripada 24 kes import yang dikesan hari ini, lapan membabitkan bukan wafrga negara, manakala 4,855 kes lagi adalah penularan tempatan, termasuk 177 kes melibatkan rakyat asing.

Daripada 4,879 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 79 kes atau 1.6 peratus adalah pesakit kategori 3, 4, dan 5; dan 4,800 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Seramai 509 pesakit kini dirawat di ICU dengan 252 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Lelaki dirakam CCTV raba bontot dihukum penjara setahun
March 31, 2021
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Rakaman sejam bahan bukti kes bekas ketua perisik Malaysia
April 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok