Kerugian terkumpul akibat banjir cecah RM6.1 bilion: Laporan DOSM

January 28, 2022 · Isu semasa

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini memaklumkan banjir yang melanda negara akhir 2021 dan awal tahun ini mengakibatkan kerugian berjumlah RM6.1 bilion, bersamaan 0.4 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal.

Ketua Pengarah DOSM Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata berdasarkan Laporan Khas Impak Banjir di Malaysia 2021 yang dikeluarkan hari ini, aset awam dan infrastruktur mengalami kerugian tertinggi iaitu sebanyak (RM2.0 bilion), diikuti tempat kediaman (RM1.6 bilion) dan kenderaan (RM1.0 bilion).

Sementara itu beliau berkata sektor pembuatan mengalami kerugian RM0.9 bilion, premis perniagaan (RM0.5 bilion) dan pertanian (RM90.6 juta), lapor Bernama.

Laporan berkenaan yang membentangkan impak banjir, kajian kes di sekitar Lembah Klang dan statistik ekonomi sosial di peringkat daerah berkenaan diperoleh berdasarkan survei khas untuk menilai impak banjir yang dijalankan pada 30 Dis lepas sehingga semalam (27 Jan).

DOSM menggunakan kaedah banci secara bersemuka di kawasan terlibat yang menggunakan soal selidik, kaedah pemerhatian dan panggilan telefon selain menggunakan data pentadbiran yang diperoleh daripada pelbagai agensi sebagai kaedah pengumpulan data untuk survei itu.

Negeri yang terkesan adalah Johor, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor, Terengganu, Sabah, Sarawak, dan Kuala Lumpur.

Berdasarkan laporan itu, Selangor merupakan negeri mencatatkan kerugian tertinggi bagi kategori melibatkan tempat kediaman, sektor pembuatan, kenderaan dan premis perniagaan.

Bagi kategori kediaman, Mohd Uzir berkata Selangor mencatatkan kerugian berjumlah RM1 bilion, diikuti Pahang (RM425.6 juta) dan Melaka (RM69.7 juta).

“Daerah catat kerugian tertinggi di Selangor bagi kategori kediaman adalah Petaling (RM258 juta), diikuti Hulu Langat RM253.6 juta dan Klang (RM252.8 juta),” katanya.

Bagi kenderaan, tiga negeri mencatatkan kerugian tertinggi adalah Selangor iaitu sebanyak RM855 juta, Pahang (RM78.2 juta) dan Negeri Sembilan (RM18.3 juta), kata beliau.

“Daerah yang mencatatkan kerugian tertinggi bagi kerosakan kenderaan di negeri Selangor adalah Petaling iaitu RM328.3 juta, diikuti Klang (RM276.9 juta) dan Hulu Langat (RM155.5 juta),” katanya.

Mohd Uzir berkata bagi sektor pembuatan, Selangor merekodkan kerugian sejumlah RM884.5 juta, diikuti Pahang RM5.6 juta dan Negeri Sembilan RM1.2 juta.

“Selangor turut mencatatkan kerugian premis perniagaan berjumlah RM396.4 juta. Pahang merupakan negeri kedua tertinggi dengan kerugian RM83.8 juta dan seterusnya Johor (RM13.8 juta),” katanya.

Beliau berkata kajian-kajian lain yang telah dilaksanakan oleh DOSM di negeri terkesan banjir turut dimuatkan di dalam laporan itu bertujuan membantu pengguna memahami situasi banjir yang melanda negara.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Jangan cabar umat Islam: Ridhuan Tee beri amaran isu ziarah gereja
March 16, 2023
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
SPRM masih cari jutaan ringgit kes pembantu menteri DAP: Laporan
April 18, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok