Kerugian RM620 juta lebih akibat tak patuh pengurusan kewangan

October 28, 2021 · Isu semasa

Ketidakpatuhan kementerian dan jabatan Persekutuan terhadap pengurusan kewangan telah menyebabkan isu pembayaran tidak teratur, kerugian wang awam dan pembaziran kepada kerajaan berjumlah RM620.07 juta pada 2020.

Menurut laporan Bernama, Ketua Audit Negara Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid berkata daripada RM510.49 juta pembayaran tidak teratur, RM499.19 juta melibatkan bayaran tuntutan perkhidmatan penyenggaraan tanpa pengesahan di Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sementara itu, daripada RM104.79 juta kerugian wang awam, RM81.69 juta merupakan penalti belum tuntut dan tidak dikenakan Jabatan Imigresen manakala pembaziran RM4.79 juta melibatkan peralatan lewat diterima dan tidak dipasang di Istana Budaya.

“Bagi membolehkan tindakan pembetulan dan penambahbaikan diambil, Ketua Audit Negara telah mengemukakan 29 syor, iaitu empat syor untuk pengesahan penyata kewangan dan 25 syor untuk pengauditan pematuhan kementerian dan jabatan Persekutuan untuk dipertimbangkan pelaksanaannya oleh kementerian dan jabatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan kepada Bernama berhubung Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan serta Pengauditan Pematuhan Kementerian dan Jabatan Persekutuan Tahun 2020 yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini.

Nik Azman berkata pengauditan pematuhan melibatkan sejumlah RM899.44 juta telah dilaksanakan terhadap tiga kementerian dan lima jabatan Persekutuan meliputi aspek pengurusan kontrak berjumlah RM772.40 juta, perolehan kerajaan (RM54.8 juta ) dan kutipan hasil (RM72.24 juta).

Sementara itu, dalam Penegasan Perkara (Emphasis of Matter) mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan, Ketua Audit Negara menyatakan hutang Kerajaan Persekutuan pada 2020 berjumlah RM879.560 bilion atau 62.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Hutang Persekutuan meningkat sebanyak RM86.562 bilion atau 10.9 peratus berbanding RM792.998 bilion atau 52.4 peratus pada tahun 2019.

Menurut Ketua Audit Negara, sebanyak 50.4 peratus atau RM98.058 bilion daripada RM194.555 billion pinjaman baharu pada 2020 digunakan untuk membiayai bayaran balik prinsipal pinjaman yang telah matang.

“Ini menunjukkan kerajaan bergantung kepada pinjaman baharu untuk membayar pinjaman matang dan penggunaan dana Kumpulan Wang Pembangunan berjumlah RM8.265 bilion bagi pelunasan Liabiliti Inisiatif Pembiayaan Swasta dan Komitmen Jaminan,” katanya.

Selain itu, sejumlah RM2.65 bilion digunakan untuk membayar perbelanjaan perkhidmatan sokongan hospital dan klinik di Kementerian Kesihatan serta penyenggaraan fasiliti di Kementerian Pendidikan yang sebelum ini dibayar menggunakan peruntukan belanja mengurus.

“Dana Kumpulan Wang Pembangunan yang dibiayai melalui pinjaman sepatutnya digunakan untuk membiayai projek pembangunan fizikal yang menyumbang kepada pembentukan modal baharu yang boleh meningkatkan pembangunan Negara serta mempunyai kesan pengganda yang tinggi untuk menjana aktiviti ekonomi,” katanya.

Sementara itu, hasil kerajaan Persekutuan merosot 14.9 peratus kepada RM225.075 bilion pada 2020 berbanding RM264.415 bilion tahun sebelumnya manakala perbelanjaan COVID-19 berjumlah RM38.019 bilion.

Perbelanjaan mengurus pula merosot 14.7 peratus kepada RM224.6 bilion, iaitu penurunan sebanyak RM38.743 bilion berbanding tahun 2019 manakala perbelanjaan pembangunan pula berjumlah RM51.36 bilion, iaitu pengurangan sebanyak RM2.813 bilion atau 5.2 peratus berbanding RM54.173 bilion pada 2019.

Nik Azman berkata secara keseluruhan, Kerajaan Persekutuan mengalami defisit berjumlah RM87.645 bilion dengan nisbah defisit kepada KDNK pada kadar 6.2 peratus, berbanding 3.4 peratus atau RM51.37 bilion pada 2019.

Menurut kenyataan itu LKAN ini mengandungi tiga komponen utama iaitu pengesahan penyata kewangan Kerajaan Persekutuan bagi Tahun berakhir 31 Dis 2020, analisis kewangan Kerajaan Persekutuan dan pengauditan pematuhan kementerian dan jabatan Persekutuan.

Nik Azman berkata secara keseluruhannya, penyata kewangan Kerajaan Persekutuan menunjukkan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan kerajaan bagi tahun berakhir 31 Dis 2020 dan rekod perakaunannya telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini.

Ia merupakan pembentangan LKAN kedua di Dewan Rakyat tahun ini selepas LKAN Tahun 2019 Siri 2 dibentangkan pada 28 Sept lepas dan hari ini juga, Jabatan Audit Negara memberi taklimat kepada ahli-ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara di Parlimen berhubung isu-isu utama penemuan Audit.

LKAN ini boleh diakses oleh orang awam di laman sesawang http://www.audit.gov.my mulai 10.10 pagi ini manakala isu-isu dalam LKAN Pengauditan Pematuhan Kementerian dan Jabatan Persekutuan Tahun 2020 pula akan dimuat naik di Portal Auditor General’s Dashboard (AGD) mulai pukul 11 pagi.

Berita berkaitan
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023· Isu semasa
Laporan polis dibuat pekerja MYAirline berhubung tunggakan gaji
November 1, 2023· Isu semasa
PAC akan mula prosiding berhubung Pengurusan Dana HRD Corp pada Isnin
October 19, 2023· Isu semasa
SPRM tahan empat individu bantu siasatan rasuah projek air Sarawak
October 11, 2023· Isu semasa
Popular
[KEMAS KINI] Najib pecat peguam cara firma guaman Zaid Ibrahim
August 19, 2022
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
Jangan berhimpun Rabu ini: Amaran polis
June 28, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok