Kerugian RM2 juta lebih melibatkan penipuan rakan media sosial

April 1, 2022 · Isu semasa

Sejumlah 314 kes penipuan dengan menyamar sebagai rakan/kenalan menerusi media sosial direkodkan bagi tempoh Januari hingga Mac lepas melibatkan kerugian lebih RM2 juta, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din.

Beliau berkata modus operandi sindiket berkenaan ialah dengan menggodam akaun media sosial seperti WhatsApp, Telegram dan Facebook milik individu tertentu, kemudian menyamar sebagai pemilik akaun berkenaan, lapor Bernama.

Penyamar itu kemudian menghubungi semua rakan pemilik asal akaun berkenaan untuk meminjam sejumlah wang.

“Sejak awal tahun ini, sindiket terbabit didapati mula melakukan penggodaman ke atas akaun Telegram milik mangsa seterusnya menghubungi senarai rakan mangsa untuk meminjam wang.

“Pemilik sebenar akaun Telegram hanya menyedari perkara itu apabila mereka tidak dapat mengakses ataupun menerima panggilan daripada kenalan yang bertanya mengenai kesahihan peminjaman wang tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebagai langkah pencegahan, Mohd Kamarudin menasihati pengguna akaun Telegram untuk mengaktifkan penetapan pin keselamatan ‘two-step verification’ di akaun Telegram masing-masing.

Katanya melalui tetapan itu, tahap keselamatan akaun Telegram akan dipertingkatkan sekali gus mengelakkan penjenayah mengaktifkan akaun tersebut melalui peranti lain.

“Orang ramai juga dinasihatkan tidak mudah percaya kepada mesej yang diterima daripada kenalan terutama apabila melibatkan pinjaman wang dan akaun bank yang digunakan milik individu lain,” tambahnya.

Sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi CCID Scam Response Center di talian 03-26101599.

Berita berkaitan
Kertas siasatan penganjuran program ‘Jom Ziarah Gereja’ dibuka: Polis
March 19, 2023· Isu semasa
Polis nafi wujud rancangan himpunan besar-besaran untuk tumbangkan kerajaan
March 19, 2023· Isu semasa
Usaha normalisasi gaya hidup songsang tak boleh diterima, kata Menteri
March 14, 2023· Isu semasa
Tembak isteri sehingga maut, seorang anggota polis direman tujuh hari
March 6, 2023· Isu semasa
Popular
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
March 26, 2023
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
March 26, 2023
Tiada masalah nak bina kuil, ikut syarat, jaga sensitiviti umat Islam
March 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ayam cukup bekalan sehingga Aidilfitri, kata Menteri
9 jam lalu · Isu semasa
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
9 jam lalu · Isu semasa
Tiada masalah nak bina kuil, ikut syarat, jaga sensitiviti umat Islam
13 jam lalu · Isu semasa
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
14 jam lalu · Isu semasa
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok