Kerugian banjir Baling pada Julai RM28 juta, kata MB Kedah

September 14, 2022 · Isu semasa

Nilai kerugian akibat bencana banjir lumpur dan aliran puing di daerah Baling pada 4 Julai lepas dianggarkan berjumlah RM28 juta, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau berkata kerugian itu melibatkan kemusnahan rumah, premis, infrastruktur, kenderaan dan harta benda yang lain, menurut laporan Bernama.

“Anggaran kerugian dalam kejadian banjir itu dilakukan oleh Jawatankuasa Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang diwujudkan oleh Pejabat Daerah Baling. Seramai 80 pembanci dilantik untuk turun ke setiap rumah bagi membuat bancian kerugian.

“Bancian itu dibuat berdasarkan lebih 900 laporan polis yang diterima berhubung kejadian itu. Bagi kejadian banjir kali kedua pada hujung Julai pula, kita masih belum menerima jumlah keseluruhan kerugian yang ditanggung oleh penduduk,” katanya selepas Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Kejadian banjir pada 4 Julai lepas itu mengakibatkan 41 kawasan terjejas di samping mengorbankan tiga nyawa termasuk seorang ibu hamil berusia 23 tahun.

Sementara itu Muhammad Sanusi berkata proses pengambilan tanah untuk memindahkan 17 rumah yang terletak dalam ‘zon kuning’ di sepanjang jajaran Sungai Kupang yang berisiko sekiranya berlaku banjir lagi, telah bermula.

“Kita telah mulakan proses pengambilan tanah untuk membina 17 rumah baharu di Kampung Seniyek buat penduduk yang berada di zon kuning, dan diharapkan ia dapat diselesaikan secepat mungkin kerana kita tahu penduduk di kawasan berkenaan bimbang setiap kali hujan lebat.

“Akibat kejadian banjir pertama dahulu, satu aliran air telah terbentuk di sungai itu, jadi kalau hujan lebat air memang akan lalu di aliran berkenaan kerana tiada laluan lain,” katanya.

Tambah beliau kejadian banjir kali ketiga yang berlaku pada 6 Sept lepas pula telah menyebabkan Jambatan Bailey yang dibina rosak akibat sampah dan kayu tersangkut di jambatan itu.

Beliau berkata kerajaan negeri telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya segera membaiki jambatan itu dan ia telah diangkat satu meter daripada kedudukan asal kerana didapati terlalu rendah, bagi mengelak sampah dan kayu daripada tersangkut di situ yang menyebabkan aliran air terganggu.

“Jambatan itu telah ditinggikan dan dalam tempoh empat hari dah siap, dan boleh digunakan semula oleh penduduk pada Ahad lepas. Saya harap dengan keadaan hujan yang tidak menentu ini tidak akan berlakunya lagi banjir dan usaha-usaha sedang dilakukan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran mendalamkan dasar sungai dan memperkukuhkan tebing,” katanya.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023
Bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan tahun ini dibenarkan
February 8, 2022
Lelaki dirakam CCTV raba bontot dihukum penjara setahun
March 31, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok