Kertas siasatan polis iring anak Azeez Rahim diserah kepada DPP

May 18, 2022 · Isu semasa

Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kejadian seorang lelaki memandu sebuah kenderaan dan diiringi dua anggota polis trafik menggunakan motosikal milik Polis Di Raja Malaysia (PDRM) di Jalan Bukit Gambir, dekat sini baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kertas siasatan kes itu juga telah dihantar kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan kes itu telah selesai dan polis juga telah rekodkan keterangan pemandu kereta tersebut yang juga anak kepada seorang Ahli Parlimen. Lelaki berusia 20-an berkenaan telah hadir memberi keterangan pada 9 Mei lepas dan kami sedang tunggu arahan selanjutnya dari TPR,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, polis memaklumkan kes itu turut disiasat menurut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 kerana ia melibatkan kesalahan menggunakan media sosial.

Dua anggota trafik itu telah ditukarkan ke bahagian pentadbiran sehingga siasatan tatatertib berkaitan kes tersebut selesai sepenuhnya.

Menerusi klip video itu yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook, kelihatan dua anggota polis trafik mengiringi kenderaan didakwa dipandu oleh seorang anak Ahli Parlimen pada 7 Mei lepas.

Paparan video berkenaan mendapat kecaman warga net yang tidak berpuas hati dengan individu tersebut menggunakan khidmat anggota polis trafik bagi meredah kesesakan jalan raya di Pulau Pinang. – Bernama

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
6 pelajar MRSM di Kuala Kangsar positif Covid-19
December 2, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok