Kertas siasatan perhimpunan depan pusat beli belah dibuka polis

September 24, 2022 · Isu semasa

Polis membuka satu kertas siasatan berhubung perhimpunan di depan sebuah pusat beli belah terkenal di sini hari ini, menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya.

Beliau berkata beberapa individu telah dikenal pasti dan mereka yang terlibat akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, untuk diambil keterangan dalam masa terdekat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012, kerana mengadakan perhimpunan tanpa notis, lapor Bernama.

Katanya kira-kira 50 orang termasuk mahasiswa dan ahli parti politik didapati menyertai perhimpunan itu.

Tinjauan Bernama mendapati peserta perhimpunan mula berkumpul di lokasi berkenaan sejak 3.30 petang dan bersurai kira-kira 4.45 petang, dengan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Antara yang dilihat menyertai perhimpunan tersebut ialah Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang juga Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji Howard Lee Chuan How dan ADUN Puteri Wangsa Amira Aisya Abd Aziz.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri
June 4, 2022
Mahkamah boleh buat keputusan segera terhadap Najib: Peguam
August 21, 2022
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok