Kertas siasatan Guan Eng langgar kuarantin sudah lengkap

September 30, 2021 · Isu semasa

Polis Pulau Pinang sudah melengkapkan kertas siasatan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berhubung dakwaan ingkar arahan kuarantin kendiri dengan menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 2 Sept lepas ke Pejabat Pendakwaan Pulau Pinang, baru-baru ini.

Kertas siasatan tersebut juga sudah dihantar kepada pihak pendakwaan, ia bagaimanapun belum diputuskan ketika ini berhubung kes tersebut.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata ketika ini pihaknya masih menunggu arahan selanjutnya daripada Pejabat Pendakwaan Pulau Pinang untuk tindakan seterusnya.

“Pihak polis telah selesai menyiasat kes itu dengan 11 orang termasuk Lim direkodkan keterangan bagi membantu siasatan dan kertas siasatannya juga telah dihantar ke Pejabat Pendakwaan Pulau Pinang untuk tindakan seterusnya.

“Sehingga kini kertas siasatan masih belum mendapat sebarang arahan dari Pejabat Pendakwaan Pulau Pinang, siasatan kes itu dijalankan di bawah Kertas Enkuiri Polis (KEP),” katanya lapor Bernama hari ini

Pada 8 Sept, jurucakap Pemuda Gerakan Pulau Pinang Mohd Aswaad Jaafaf membuat laporan polis terhadap Guan Emg yang didakwa mengingkari peraturan kuarantin kendiri.

Laporan polis itu dibuat selepas peguam Guan Eng, Gobind Singh Deo yang mewakili bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dalam perbicaraan kes rasuah membabitkan projek pembinaan terowong dasar laut, memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bahawa anak guamnya itu telah diarah menjalani perintah kuarantin kendiri selama 10 hari bermula 1 hingga 10 Sept.

Bagaimanapun, Guan Eng telah menafikan dakwaan bahawa beliau telah melanggar syarat kuarantin kendiri dan berkata beliau hanya dimaklumkan pada 2 Sept berhubung perkara itu selepas menghadiri persidangan DUN.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
November 26, 2022
Pembukaan sempadan: Kesesakan lalu lintas dijangka di Johor Bahru esok
March 31, 2022
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
12 jam lalu · Isu semasa
3,024 kes baharu, lapan kematian
24 jam lalu · Isu semasa
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022 · Isu semasa
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022 · Isu semasa
2,877 kes baharu, lapan kematian
November 25, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok