‘Kerjasama Bersatu-DAP kerana benci Najib bukan kerana suka kami pun’

June 1, 2021 · Isu semasa

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kerjasama antara Bersatu dengan DAP dalam Pakatan Harapan (PH) sebelum ini berjaya disebabkan semata-mata kebencian mereka terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bukan kerana suka sama suka.

Bekas Perdana Menteri dua kali itu berkata usaha UMNO yang cuba mengikuti langkah Bersatu bekerjasama dengan DAP seperti sebelum ini tidak akan berjaya memandangkan mereka tidak mempunyai satu matlamat yang sama untuk dicapai malah ia suatu yang mustahil untuk berlaku.

“Memang pun UMNO tak boleh kerjasama dengan DAP, jadi masa zaman saya dahulu pun mereka tidak boleh bekerjasama dengan DAP.

“Tetapi apabila saya dan Bersatu bekerjasama dengan DAP, kerana mereka benci kepada Najib mereka sokong kami, bukan kerana suka kepada kami tapi suka nak jatuhkan Najib sahaja,” katanya semasa wawancara dengan Agenda Daily baru-baru ini.

Kerjasama DAP dan Bersatu bersama PKR dalam Pakatan Harapan sebelum ini berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) buat kali pertama dalam sejarah semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Menurut Dr Mahathir lagi, sikap DAP terhadap Bersatu juga berubah apabila menjadi kerajaan pusat dan parti tersebut itu kemudiaannya tidak menyokong parti Bersatu yang dipimpinnya apabila dilihat lebih mesra dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas itu.

“Bila Najib dah jatuh jadi tercapai lah matlamat mereka dan mereka alih kemudiaan tidak sokong Bersatu pula,” katanya lagi.

Dr Mahathir juga tidak melihat langkah untuk UMNO menjalinkan kerjasama dengan DAP akan menjadi realiti memandangkan hanya segelintir dalam UMNO sahaja yang dilihat menyokong usaha tersebut, malah UMNO juga ketika ini sudah berpecah empat.

“Macam DAP umpamanya, DAP tidak akan sokong UMNO, jadi kalau Anwar kerjasama dengan UMNO, DAP tarik diri dia tidak boleh dapat majoriti juga.

“Sekarang ini UMNO kata dia sanggup kerjasama dengan DAP, tetapi UMNO yang mana? UMNO pecah empat sekarang ini, ada UMNO Zahid (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi), ada UMNO UMNO Najib, UMNO Hisham (Datuk Seri Hishammuddin Hussein), UMNO Mat Hasan (Datuk Seri Mohamad Hasan), semua berpecah,” katanya lagi.

Menurut Dr Mahathir, perpecahan dalam UMNO yang sedang dihadapi sekarang adalah berpunca daripada perbuatan tidak baik Najib yang menggunakan wang ringgit sebagai sogokan untuk mendapatkan sokongan.

“Ini lah perbuatan Najib, dia sanggup dan berjaya menghancurkan parti yang ditubuh bapanya, ini satu perbuatan yang cukup tidak baik. Puncanya Najib banyak buat benda tidak baik, banyak ahli UMNO tak puas hati tetapi kalau tidak sokong Najib kerajaan jatuh, jadi semasa mereka sebelum pilihan raya mereka terus sokong Najib.

“Bila saya keluar daripada parti pun, tidak ada sesiapa ikut saya tetapi bila dia kalah, pada masa itu berderu-deru (ramai-ramai) keluar daripada UMNO nak masuk Bersatu,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, perpecahan yang dihadapi UMNO ketika ini tidak pernah berlaku dalam sejarah dan parti tersebut sebelum ini sangat kukuh sehinggalah muncul seorang yang mementingkan diri sendiri seperti Najib memusnahkan parti.

“UMNO dulu solid satu parti walaupun pemimpin macam Najib ini buat salah… tapi mereka mengutamakan kepentingan diri, kalau tak sokong Najib mereka tidak dapat, Najib boleh bagi duit banyak, itu lah UMNO semasa waktu Najib,” katanya.

Berita berkaitan
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
13 minit lalu · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
2 jam lalu · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
2 jam lalu · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
20 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
8 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok