Kereta Exco Johor potong barisan cetus kecaman pengguna jalan raya

September 16, 2022 · Isu semasa

Tindakan pemandu sebuah kereta milik Ahli Exco kerajaan Johor menggunakan laluan kecemasan ketika keadaan jalan sesak dipercayai di Tongkang Pechah di Johor Bahru, mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna jalan raya.

Seorang pengguna jalan raya sempat merakamkan kejadian itu dan memuat naik video berdurasi 24 saat berkenaan yang kemudian tular di media sosial.

Video terbabit memaparkan sebuah kereta jenis Toyota Camry berwarna hitam meredah kesesakan lalu lintas di situ.

Difahamkan, polis Johor sudah dimaklumkan mengenai video yang tular dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri ditugaskan untuk menyiasat kejadian yang didakwa itu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah, mengesahkan kenderaan yang memotong barisan di Tongkang Pechah adalah kenderaan milik Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang dikhaskan penggunaannya kepada Exco Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor.

“Siasatan dijalankan mendapati kesalahan berlaku jam 9.45 pagi Isnin lalu di Jalan Tongkang Pechah Batu Pahat.

“Hasil semakan mendapati, kenderaan itu milik Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang dikhaskan penggunaan bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Yong Peng, Ling Tian Soon.

“Pemandu kenderaan dipanggil untuk siasatan jam 3.30 petang tadi dan dikenakan saman mengikut Rule 6(1) LN 166/59,” katanya dalam siaran media hari ini.

Sementara itu, Tian Soon dalam kenyataannya memohon maaf dan mengakui kenderaan rasmi dinaikinya memotong barisan dalam kejadian pada Isnin lalu.

Menurutnya ketika kejadian dia menaiki kenderaan itu di bahagian penumpang, manakala kereta dipandu oleh pemandunya.

Katanya, kerana mahu mengejar masa pemandu itu memasuki lorong kecemasan berhampiran sebuah simpang untuk membelok di simpang berkenaan.

“Ketika kejadian, saya dalam perjalanan dari Yong Peng ke Batu Pahat. Dia (pemandu) terlewat dan mahu kejar masa.

“Dia keluar awal untuk membelok di simpang,” katanya menurut BN.

Berita berkaitan
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
15 jam lalu· Politik
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023· Isu semasa
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
Bayi lelaki ditemui tepi longkang dalam longkang ditinggalkan
November 26, 2023· Isu semasa
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
16 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
16 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
23 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
23 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
7 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok