Kereta banjir, pemilik kena buat laporan polis

December 25, 2021 · Isu semasa

Polis menasihati pemilik kenderaan yang terjejas akibat banjir untuk membuat sendiri laporan dan bukannya diwakili oleh pihak ketiga selain mengambil gambar dan maklumat lengkap keadaan kenderaan serta maklumat syarikat yang menunda.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata untuk memudahkan proses laporan, beliau menasihatkan pemilik kereta untuk mengenal pasti kedudukan terkini kenderaan dan kedudukannya sebelum dibawa oleh air banjir, lapor Bernama.

“Sekiranya kenderaan itu hilang atau dipecah, senaraikan juga apa barang berharga yang hilang dalam kenderaan,” katanya pada sidang media Ops Banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25 hari ini.

Selain itu, katanya pemilik kenderaan perlu mendapatkan maklumat berkenaan pihak yang menunda kenderaan mereka sama ada dari pihak berkuasa tempatan atau syarikat tunda serta lokasi di mana kenderaan itu akan dibawa.

Abd Jalil juga mengingatkan kepada pemillik kenderaan untuk mengambil gambar kenderaan sebelum ditunda dan gambar trak tunda yang digunakan untuk rujukan syarikat insurans.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok