Kerana telur ayam, MP DAP serang MP BN yang kritik kerajaan Anwar

February 15, 2023 · Isu semasa

Kritikan Ahli Parlimen (BN-Ayer Hitam) Datuk Seri Wee Ka Siong terhadap menteri kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) ‘diserang’ balas oleh rakan baharu BN, DAP, sehingga Speaker Parlimen, Datuk Johari Abdul terpaksa campur tangan.

Keadaan itu berlaku ketika Ka Siong yang juga wakil rakyat kerajaan PH-BN membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini (15 Februari 2023).

Presiden MCA itu menegur tindakan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) kerana mengimport telur ayam dari India bagi mengatasi isu kekurangan telur dalam negara.

Beliau mendakwa langkah itu dilihat mendiskriminasi penternak tempatan kerana telur dari India yang bersaiz gred D dibenarkan dijual pada harga 50 sen sebiji, sedangkan telur gred A, B dan C dikeluarkan pengusaha tempatan terpaksa dijual pada harga di bawah 50 sen.

Ka Siong juga menyanggah kenyataan Menteri KPKM Datuk Seri Mohamad Sabu yang mendakwa kekurangan pekerja antara faktor kekurangan bekalan telur ayam ketika ini.

Ucapan Ka Siong yang dilihat seakan-akan ‘menyerang’ kerajaan, menyebabkan Ahli Parlimen (MP) DAP-Kampar, Chong Zhemin bangun mencelah kerana tidak bersetuju dengan ‘serangan’ itu.

Namun, Johari tidak membenarkan celahan kerana Ka Siong sudah pun mengakhiri ucapannya, selain waktu diperuntukkan kepada MP Ayer Hitam itu juga sudah tamat, namun ia tidak dipedulikan Zhemin.

“Minta laluan sikit isu telur. Tadi dah hentam kerajaan, patut bagi ruang sikit untuk jawab. Tak boleh lepas hentam, nak lari.

“Kalau dah kritik, patut bagi ruang untuk jawab. Kenapa lari, takut?” soal Zhemin yang baharu pertama kali menjadi MP selepas menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dalam nada tinggi.

Kemarahan Zhemin itu mengundang sindiran dalam kalangan MP Perikatan Nasional yang mempersoalkan mengapa MP itu mahu bergaduh sedangkan beliau dan Ka Siong sama-sama dalam kerajaan.

Johari pula berulang kali meminta Zhemin duduk, namun MP Kampar itu tetap berdegil, sebelum Speaker Dewan rakyat memarahi Zhemin dan mengajarnya peraturan perbahasan di Dewan Rakyat.

“Kampar kena dengar saya. Saya baru puji Yang Berhormat kerana berhemah. Duduk sebab yang (akan) menjawabnya menteri. Bila menteri jawab nanti, Kampar boleh tanya menteri. Itu peraturannya.

“Jadi (kamu selaku) orang baharu duduk, belajar dulu… Kampar, duduk,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
18 jam lalu· Politik
Zakir Naik akan kembali ke Malaysia, bagaimana pendirian DAP?
March 28, 2023· Isu semasa
Bekas MP DAP dilantik Pengerusi SPAN semula
March 27, 2023· Politik
Isu cukai Yayasan AlBukhary, Guan Eng baharu nak saman Muhyiddin
March 27, 2023· Politik
Popular
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
March 28, 2023
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
March 28, 2023
Proton perkenal SUV baharu X90
March 28, 2023
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
March 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
10 jam lalu · Isu semasa
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
10 jam lalu · Isu semasa
Proton perkenal SUV baharu X90
10 jam lalu · Isu semasa
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
13 jam lalu · Isu semasa
27 penyelidik IPTA, IPTS terima geran penyelidikan MASA
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
9 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan campuran takut penyatuan orang Melayu tolak pemimpin Melayu gagal
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok