Kerana rakan ziarah wanita lengkap dua dos vaksin dijangkiti Covid-19

May 28, 2021 · Isu semasa

Seorang wanita berusia 53 tahun dan telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 Mac lalu menjadi kes indeks dalam kluster baharu di Sabah selepas seorang rakannya menziarahinya pada Aidilfitri lalu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun berkata, Kluster Desa Ranggu di Tawau tercetus ketika sambutan Aidilfitri lalu.

“Berdasarkan saringan kontak rapat serta kontak sosial mendapati 17 lagi kes positif menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 18 kes,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Beliau yang juga penyelaras program imunisasi Covid-19 peringkat negeri Sabah berkata, wanita terbabit mempunyai gejala pada 15 Mei dan disahkan positif di Klinik Kesihatan Tawau pada 20 Mei, hasil saringan bergejala.

“Berdasarkan siasatan awal, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan daripada satu kontak sosial yang berhari raya ke rumahnya pada 13 Mei.

“Kontak sosial terbabit mempunyai rekod pergerakan ke tiga rumah di Taman Desa Ranggu serta rumah mentua di Kampung Jawa Tawau, sebelum dikesan positif pada 22 Mei. Siasatan lanjut untuk pengesanan kontak rapat sedang giat dijalankan,” katanya.

Masidi juga memaklumkan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah melaporkan sebanyak 217 kes baharu positif Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif wabak berkenaan di negeri ini 61,274 kes, dengan terdapat satu kematian direkodkan di Kunak.

Katanya, terdapat peningkatan kes untuk 11 daerah di Sabah, namun catatan peningkatan kes bagi setiap daerah itu masih dalam satu angka, selain turut berlaku penurunan kes di sembilan daerah dalam julat satu angka, kecuali Tawau yang mencatatkan penurunan dalam julat dua angka.

Beliau berkata setakat hari ini, tujuh daerah mencatatkan sifar kes iaitu Ranau, Tambunan, Nabawan, Kota Marudu, Beluran, Telupid dan Tongod.

“Keberkesanan penurunan kes dalam membendung penularan Covid-19 ini sangat bergantung kepada sejauh mana kesungguhan komuniti dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kendiri dan SOP yang ditetapkan kerajaan negeri,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Lelaki dirakam CCTV raba bontot dihukum penjara setahun
March 31, 2021
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Rakaman sejam bahan bukti kes bekas ketua perisik Malaysia
April 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok