Kerajaan tidak akan cairkan pegangan LTSAAS Subang, kata MAHB

May 10, 2021 · Isu semasa

Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (LTSAAS Subang) merupakan aset strategik negara dan kerajaan tidak akan mengorbankan aset berharga negara tersebut kepada pihak swasta, kata Pengerusi Malaysia Airports Holdings Bhd, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Zambry berkata kerajaan tidak berhasrat untuk mencairkan pegangan dalam LTSAAS selepas menerima maklum balas daripada pihak Malaysia Airports dan agensi lain yang menolak sebarang usaha untuk menjual aset tersebut kepada pihak lain.

“Malah, beberapa lapangan terbang antarabangsa kendalian Malaysia Airports sama ada di Malaysia mahupun di Turki kerap mendapat pengiktirafan global dalam aspek perkhidmatan dan pertumbuhan jumlah penumpang.

“Saya yakin, setelah mendengar pandangan Malaysia Airports dan agensi lain yang berkaitan, pihak kerajaan tidak akan mengorbankan sebuah aset strategik negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada laporan berita yang disiarkan beberapa media dan individu mengenai cadangan kepada pihak kerajaan mengenai pengambilalihan LTSAAS Subang oleh pihak swasta.

Beliau berkata lapangan terbang secara umumnya adalah aset strategik hak milik negara, apatah lagi LTSAAS selaku lapangan terbang bersejarah negara dan dekat di hati rakyat.

“Selaku pengerusi Malaysia Airports, saya amat memandang serius laporan berita itu.

“Oleh itu, tentulah sebarang langkah dalam membenarkan ia dikendali oleh pihak swasta perlu difikirkan secara mendalam, baik dari segi aspek keselamatan dan pertahanan, mahupun hak milik,” tambahnya.

Zambry berkata, sepanjang kewujudan LTSAAS, ia berjaya menjadi pencetus kepada pembangunan industri penerbangan yang besar untuk negara, terutamanya dalam industri aeroangkasa.

Sehubungan itu, menurutnya, pihak Malaysia Airports telah memberi perhatian khusus dalam merancang hala tuju jangka panjang LTSAAS di bawah rangka kerja pelan induk pembangunan semula Lapangan Terbang Subang.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan ahli perniagaan dan juga hartawan hartanah, Tan Sri Desmond Lim Siew Choon sedang merancang untuk mengambil alih lapangan terbang yang mula dibuka pada 1965 itu.

WCT Holdings Bhd yang memiliki Subang Skypark Sdn Bhd (SSSB), mencadangkan untuk memasuki konsesi baru dengan mengoperasikan seluruh kawasan LTSAAS hingga tahun 2092, menjadikannya sebagai lapangan terbang bandar.

Berita berkaitan
MP PKR pertahan cadangan penyenaraian IPO Petronas, dedah formula kiraan
February 24, 2023· Isu semasa
Arman kata tuduhan untuk halang tanding Ketua Pemuda UMNO
February 23, 2023· Politik
UMNO Subang rayu ihsan Zahid ‘lepaskan’ Arman Azha
February 22, 2023· Politik
Kerajaan PH-BN minta rakyat derma bangunkan lapangan terbang?
February 9, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023
Rakaman sejam bahan bukti kes bekas ketua perisik Malaysia
April 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok