Kerajaan tidak ada rancangan tambat ringgit: Zafrul

August 11, 2022 · Isu semasa

Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) tidak bercadang untuk menambat ringgit kepada dolar AS kerana langkah itu mempunyai risiko dan penggantian yang besar, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, ianya bukan satu dasar yang terbaik untuk ekonomi negara kerana jika sandaran tambatan ringgit dilaksanakan, Malaysia perlu mengikut sepenuhnya dasar monetari negara yang mata wangnya menjadi rujukan atau asas bagi tambatan ringgit, lapor Bernama.

“Contohnya, jika ringgit ditambat kepada dolar AS dan seandainya kadar faedah rizab persekutuan meningkat sebanyak 325 mata asas atau 3.25 peratus secara keseluruhan pada 2022, maka kadar dasar semalaman (OPR) perlu dinaikkan pada kadar yang sama meskipun Malaysia berada pada tahap pemulihan ekonomi dan tekanan inflasi yang berbeza daripada AS.

“Dalam hal ini, Malaysia akan menghadapi kekangan untuk menetapkan dasar monetari dan rakyat pula terpaksa menanggung kos pembiayaan yang tinggi walaupun keadaan ekonomi negara kita tidak sama seperti AS,” jelas Tengku Zafrul pada sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini.

Tengku Zafrul turut menekankan bahawa kekuatan mata wang sesebuah negara bergantung kepada asas-asas ekonomi yang kukuh.

Pada asasnya, ekonomi Malaysia kekal di landasan yang kukuh, disokong oleh permintaan domestik dan luaran yang teguh serta harga komoditi global yang meningkat.

Semua ini dicerminkan oleh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada suku pertama tahun ini yang meningkat sebanyak 5.0 peratus dan dijangka terus berkembang lebih baik pada suku kedua.

Tengku Zafrul berkata, sekiranya langkah tambatan tersebut dilaksanakan, ia perlu dilengkapi dengan langkah kawalan modal bagi mengelakkan pengaliran keluar modal.

Namun, katanya, tindakan tersebut akan menjejaskan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia.

Sementara itu, beliau berkata, kadar pertukaran ringgit yang fleksibel pada masa ini adalah satu dasar penting bagi mengimbangi keperluan menyerap kejutan luaran dengan kepentingan untuk menyokong aktiviti ekonomi domestik meskipun dalam keadaan pasaran kewangan dan kadar pertumbuhan ekonomi global yang tidak menentu.

“Sehubungan itu, BNM akan sentiasa memastikan keadaan pasaran kewangan yang stabil dan lancar serta mengambil langkah proaktif untuk memastikan kecairan yang mencukupi serta pasaran yang berdaya tahan dan mendalam untuk mencegah ketidakstabilan nilai ringgit.

“Pemantauan berterusan juga dilaksanakan oleh BNM untuk memastikan keadaan yang teratur dalam pasaran pertukaran asing dan mengelak turun naik yang ketara dalam kadar pertukaran ringgit,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Tengku Zafrul berkata kerajaan akan terus menguruskan risiko perkembangan domestik dan luaran manakala BNM juga bersedia untuk menggunakan instrumen dasar operasinya bagi memastikan keadaan yang teratur dalam pasaran pertukaran asing untuk mengelakkan turun naik yang ketara dalam kadar pertukaran ringgit. – BERNAMA

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Solat sunat Aidilfitri: Jemaah digalak pakai pelitup muka
April 19, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok