Kerajaan tetap tak tambat ringgit, walaupun nilai jatuh teruk

September 21, 2022 · Isu semasa

Kadar pertukaran ringgit yang fleksibel merupakan satu dasar penting bagi mengimbangi keperluan menyerap kejutan luaran untuk menyokong aktiviti ekonomi domestik, meskipun dalam keadaan pasaran kewangan dan kadar pertumbuhan ekonomi global yang tidak menentu.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan menerusi Bank Negara Malaysia (BNM) akan sentiasa memastikan keadaan pasaran kewangan yang stabil dan lancar selain mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan kecairan yang mencukupi serta pasaran berdaya tahan bagi memastikan kestabilan nilai ringgit.

“Pemantauan berterusan juga dilaksanakan oleh BNM untuk memastikan keadaan yang teratur dalam pasaran pertukaran asing dan mengelakkan turun naik yang ketara dalam kadar pertukaran ringgit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini menurut Bernama.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, kerajaan akan terus menguruskan risiko perkembangan domestik dan luaran.

“Berbanding tahun 1997 dan 1998, negara kini tidak berada dalam situasi krisis kewangan mahupun ekonomi,” katanya.

Justeru, beliau berkata, kerajaan melalui BNM tidak bercadang untuk menambat ringgit kepada dolar Amerika Syarikat (AS) pada masa ini kerana langkah itu mempunyai risiko dan penggantian yang besar.

“Seandainya tambatan dilaksanakan, Malaysia perlu mengikut sepenuhnya dasar monetari negara yang mata wangnya menjadi ‘rujukan’ atau asas bagi tambatan ringgit.

“Jika ringgit ditambat, Malaysia akan menghadapi kekangan untuk menetapkan dasar monetari dan rakyat terpaksa menanggung kos pembiayaan yang tinggi walaupun keadaan ekonomi negara kita tidak sama seperti di AS,” katanya.

Selain itu, katanya, langkah tambatan mata wang juga perlu dilengkapi dengan langkah kawalan modal bagi mengelakkan pengaliran keluar modal.

“Tindakan ini pastinya akan menjejaskan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia,” katanya.

Julai lalu, bekas Perdana Menteri dua kali Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengulangi gesaan supaya negara menambat ringgit, sebagaimana dilakukannya ketika krisis kewangan Asia pada 1998, serta melaksanakan pemberian subsidi besar-besaran kepada rakyat.

Ringgit mula ditambat sejak 1998 hingga 2005, dan BNM pada 21 Julai 2005 beralih kepada sistem apungan terurus untuk ringgit.

Ini bukan kali pertama Dr Mahathir membangkitkan idea Malaysia menambat ringgit kepada AS sekali lagi, setelah pada 11 Mei lalu menyampaikan cadangan itu di tengah-tengah nilai ringgit yang merosot dan turun naik.

Pada 13 Mei, Gabenor BNM Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata menambat ringgit bukan langkah terbaik buat negara kerana ia akan membawa risiko yang besar seperti perlu mencerminkan dasar monetari negara.

Hari ini (Rabu, 21 September 2022) nilai ringgit terus merudum ke paras terendah sepanjang masa berbanding dolar AS pada sesi pembukaan dagangan iaitu mencecah paras 4.5600 bagi AS$1.

Mengulas lajut, Tengku Zafrul berkata, walaupun nilai ringgit telah menurun sebanyak 8.7 peratus berbanding dolar AS sejak awal 2022, pelbagai mata wang lain juga merosot dengan kadar yang lebih ketara, termasuk yen Jepun, pound Britain, euro dan dolar Taiwan.

Tengku Zafrul berkata, walaupun nilai ringgit telah menurun sebanyak 8.7 peratus berbanding dolar AS sejak awal 2022, pelbagai mata wang lain juga merosot dengan kadar yang lebih ketara, termasuk yen Jepun, pound Britain, euro dan dolar Taiwan.

Katanya lagi, pengukuhan meluas dolar AS merupakan faktor utama yang telah mempengaruhi pergerakan pertukaran asing global dan serantau termasuk kenaikan kadar faedah yang besar dan agresif oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) secara kumulatif sebanyak 225 mata asas setakat 20 September 2022.

“Kadar faedah AS dijangka meningkat lagi antara 75 atau 100 mata asas semasa mesyuarat seterusnya pada hari ini bagi membendung inflasi di AS yang terus meningkat,” katanya.

Selain itu, katanya, pulangan aset dalam dolar AS yang lebih tinggi akan menjana permintaan yang lebih tinggi terhadap aset tersebut dalam kalangan pelabur global.

“Ini telah menggugat sentimen dalam pasaran dan kalangan pelabur yang seterusnya bertindak untuk menyusun semula portfolio pelaburan mereka dalam aset selamat dan instrumen kewangan dalam dolar AS.

“Sudah pastinya kebanyakan mata wang dunia akan terus melemah berbanding dolar AS akibat daripada situasi ini,” tambahnya.

Berita berkaitan
Baik Zahid minta PM kerap buat mesyuarat ekonomi daripada PRU, kata pembantu Muhyiddin
September 30, 2022· Politik
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar selepas kejatuhan semalam
September 30, 2022· Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.7O berbanding dolar
September 29, 2022· Isu semasa
DAP tolak PRU awal walaupun terpaksa terima kerajaan huru-hara, kata Loke
September 29, 2022· Politik
Popular
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
October 2, 2022
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi
October 2, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pakar tempatan juga ada keupayaan urus ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi
2 jam lalu · Isu semasa
Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi
2 jam lalu · Isu semasa
KDN komited selesaikan isu sejuta penduduk tanpa dokumen di Sabah
8 jam lalu · Isu semasa
Rugi jika bubar MPN
9 jam lalu · Isu semasa
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sekolah jadi pusat mengundi atau penempatan mangsa banjir, soal Rina Harun
46 minit lalu
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok