Kerajaan tangguh pemilihan Timbalan Speaker lagi

October 25, 2021 · Isu semasa

Tiada pemilihan Timbalan Speaker Dewan Rakyat baharu pada sidang kedua yang bersambung hari ini, ia selepas kerajaan sekali lagi menangguhkan proses undian.

Penangguhan tersebut diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar selepas membentangkan usul penangguhan sebaik berakhir sesi soal jawab sebentar tadi.

Pemilihan untuk Timbalan Speaker juga ditangguhkan sebelum ini, ketika sidang Dewan Rakyat pada bulan lalu.

Tiada sebab diberikan berhubung penangguhan itu dan diluluskan menerusi undi suara.

Dewan Rakyat perlu memilih Timbalan Speaker bagi menggantikan Ahli Parlimen (MP) Penggerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang meletak jawatan.

Ismail Sabri pada mulanya mencalonkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan tetapi terpaksa membatalkan rancangan tersebut selepas gagal mendapat sokongan rakan parti dalam kerajaan sendiri.

Penolakan tersebut susulan MP Pontian itu yang berdepan pertuduhan di mahkamah.

Ahmad kemudian menarik diri dan UMNO menamakan calon baharu iaitu MP Cameron Highlands Ramli Mohd Nor yang akan bersaing dengan calon Pakatan Harapan iaitu MP Teluk Intan dari DAP, Nga Kor Ming.

Jika calon dikemukakan UMNO kali ini juga ditolak, ia secara tidak langsung akan memberi tamparan hebat kepada Ismail Sabri yang juga berdepan dengan tekanan selepas belum ada sebarang usul percaya dijalankan walaupun berjanji pada awalnya.

Persidangan kali ini ini akan berlangsung dari 25 Oktober hingga 26 Disember.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok