Kerajaan tangguh kenaikan tol lebuh raya

April 30, 2021 · Isu semasa

Kerajaan bersetuju menangguhkan kenaikan kadar tol tiga lebuh raya yang sepatutnya mendapat kenaikan mulai 1 Januari 2021, kata Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam kenyataan hari ini.

Tiga lebuh raya itu yang sepatutnya mendapat kenaikan tahun ini ialah Lebuh Raya Shah Alam (KESAS); Lebuh Raya Lembah Kelang Selatan (SKVE) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2).

Selain itu katanya, penangguhan kenaikan semua kelas kenderaan membabitkan 21 lebuh raya dan satu plaza tol sebelum ini diteruskan, antaranya Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan Lebuhraya KL – Putrajaya (MEX).

Beliau berkata, selain itu, kenaikan di satu lebuh raya dan dua plaza tol ditangguhkan untuk kenderaan Kelas 1 dan kelas 5 sahaja manakala satu lebuh raya dan tiga plaza tol ditangguhkan kenaikan bagi kenderaan Kelas 5 sahaja dan kenaikan kadar tol di satu lebuh raya ditangguhkan untuk kenderaan kelas 2,3,4 dan 5.

Susulan penangguhan itu, anggaran pampasan yang perlu ditanggung kerajaan adalah sebanyak RM2.25 bilion dan perundingan untuk menstrukturkan semula kadar tol secara bersama dengan syarikat konsesi masih berjalan, dengan Kabinet bersetuju untuk dimuktamadkan sebelum 2023.

“Anggaran pampasan ini adalah berdasarkan formula pengiraan pampasan yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi dan jumlah sebenar bayaran pampasan tol akan ditentukan selepas proses verifikasi trafik dilakukan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia,” katanya.

Berita berkaitan
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Kejatuhan ‘rating’ Anwar juga disumbang kegagalan Rafizi, kata penganalisis
November 25, 2023· Politik
Kenderaan dijangka meningkat di lebuh raya utama menjelang Deepavali
November 11, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok