Kerajaan tak tunduk gesaan DAP mansuhkan MyTravel Pass

September 25, 2021 · Isu semasa

Putrajaya tidak tunduk kepada desakan DAP yang menggesa supaya memansuhkan MyTravel Pass dalam masa terdekat dan keputusan berhubung isu tersebut belum diputuskan.

Perkara itu dijelaskan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang berkata laporan media mendakwa kerajaan akan memansuhkan MyTravel Pass tidak tepat, malah kerajaan belum bincangkan berhubung perkara tersebut ketika ini.

“Pada waktu ini tumpuan kerajaan adalah untuk kebenaran rentas negeri. Bagaimana kita nak fikirkan rentas negara apabila rentas negeri pun belum kita putuskan.

“Namun saya tidak menafikan perancangan untuk melihat MyTravel Pass serta pendekatan lebih baik untuk rentas negara sudah difikirkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya menurut laporan media hari ini.

Terdahulu, Hishammuddin meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pandu lalu di Batalion ke-6 Rejimen Renjer Diraja (6RRD), Kem Ulu Tiram.

Bagaimanapun, Hishammuddin berkata perkara tersebut mungkin akan dibentangkan terlebih dahulu dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Endemik yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Skim MyTravel Pass diperkenalkan kerajaan ketika negara dilanda wabak Covid-19, yang memerlukan rakyat tempatan membuat permohonan sebelum dibenarkan ke luar negara.

Skim terbabit dikatakan rumit kerana prosesnya mengambil masa sehingga 14 hari, sebelum permohonan itu dimaklumkan sama ada diluluskan atau ditolak.

Terdahulu, pemimpin DAP yang juga Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua mahu kerajaan membatalkan program MyTravelPass kerana disifatkan tidak lagi relevan ketika ini.

Pua mendakwa, pelaksanaan program berkenaan hanya akan menyulitkan urusan mereka yang terlibat kerana disebabkan proses birokrasi selain mengundang pembaziran.

Menurutnya, tidak dinafikan di awal pandemik, MyTravelPass amat diperlukan ketika negara dan seluruh dunia berdepan wabak itu, namun pertimbangan pembatalan program itu perlu dibuat kerana mengambil kira peralihan fasa kepada endemik.

“Permohonan MyTravelPass ini menyebabkan kesulitan kepada mereka yang terlibat iaitu membabitkan pembaziran masa, kos dan juga mengakibatkan tekanan. Saya mohon supaya kerajaan membatalkannya,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
7 jam lalu· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Reka bentuk baharu jalan Bukit Kayu Hitam ke Sadao siap November
August 28, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok