Kerajaan tak tumpu angka kes harian, rakyat jangan obses: Khairy

October 10, 2021 · Isu semasa

Angka kes harian yang dilaporkan tidak lagi menjadi petunjuk utama dalam usaha kerajaan menangani penularan pandemik Covid-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Khairy berkata terdapat negara luar yang sudah tidak lagi melaporkan angka kes harian, bagaimanapun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih mengikut saranan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) cuma ia tidak lagi menjadi tumpuan untuk dijadikan sebagai penunjuk utama.

“Kita ada beberapa negara yang sudah nyatakan bahawa dalam tempoh masa akan datang mereka tidak akan lagi melaporkan kes harian.

“Kita masih lagi ikut saranan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) yang meyarankan agar kes harian dilaporkan. Cuma sekarang ini kita tidak menumpu kepada angka tersebut tiap-tiap hari.

“Saya telah minta (Ketua Pengarah Kesihatan) Noor Hisham Abdullah agar kita simpulkan angka itu sekali dengan indikator yang lain pada pukul 12 malam supaya rakyat tidak obses dengan angka tersebut,” katanya dalam satu wawancara.

Bagaimanapun, Khairy menegaskan ia tidak bermakna kerajaan mengambil mudah berhubung jumlah kes jangkitan harian namun aspek lain juga perlu dijadikan pertimbangan sebagai kayu pengukur keadaan semasa Covid-19.

“Cuma ia perlu dibaca dengan angka-angka lain seperti kemasukan hospital, kematian, kemasukan ke ICU dan sebagainya.

“Itu memberi kita di KKM gambaran yang lebih tepat berkenaan dengan kedudukan pendemik ini,” katanya lagi.

Khairy juga meminta orang ramai melakukan ujian kendiri sebelum kembali ke kampung halaman.

Terdahulu hari ini, kerajaan mengumumkan kebenaran rentas negeri bagi individu yang sudah lengkap vaksinasi.

Kebenaran rentas negeri itu diberikan kerana 90 peratus populasi dewasa kini sudah lengkap vaksinasi. Peratusan itu berdasarkan banci penduduk tahun 2010. Banci terbaru, yang dijadualkan pada tahun 2020, tidak lengkap kerana wabak tersebut.

Khairy turut memberi peringatan warga emas dengan penyakit kronik lebih terdedah kepada Covid-19.

Oleh yang demikian, katanya mereka yang pulang kampung harus membuat ujian kendiri atas rasa tanggungjawab walaupun ia tidak diwajibkan kerajaan.

Dia menambah bahawa polis akan melakukan pemeriksaan rawak untuk memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Namun, katanya polis tidak akan membuat sekatan jalan di setiap sempadan negeri kerana ia tidak praktikal dan akan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Najib, Sungai Buloh jadi trend di Twitter selepas permohonan ditolak
August 16, 2022
Najib terkejut tak dapat tangguh perbicaraan, permohonan ditolak
August 16, 2022
Sedia berdepan jika didakwa di mahkamah, kata Hishammuddin
August 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
3,429 kes, 9 kematian dan empat kluster baharu Covid-19 semalam
2 jam lalu · Isu semasa
Najib, Sungai Buloh jadi trend di Twitter selepas permohonan ditolak
11 jam lalu · Isu semasa
4,053 doktor kontrak dilantik ke jawatan tetap: Menteri Kesihatan
13 jam lalu · Isu semasa
13 individu dipanggil polis berhubung himpunan bantah skandal LCS
14 jam lalu · Isu semasa
Senator gesa tubuh RCI siasat skandal LCS, nyahklasifikasi dokumen sulit
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok