Kerajaan tak teragak-agak berbelanja demi bantu rakyat, kata PM

July 24, 2021 · Isu semasa

Keutamaan membantu rakyat yang terjejas semasa krisis Covid-19 menjadi fokus utama Putrajaya walaupun berdepan kekangan ruang fiskal yang terhad, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata kerajaan tidak teragak-agak untuk berbelanja demi membantu rakyat dan kelangsungan perniagaan, ia terbukti dengan lapan pakej pembiayaan rangsangan ekonomi yang dilaksanakan kerajaan setakat ini.

“Kerajaan telah membuktikan melalui lapan Pakej Rangsangan Ekonomi bahawa kerajaan tidak teragak-agak untuk membelanjakan wang untuk membantu rakyat, membantu kelangsungan perniagaan,” katanya lapor Bernama.

Jelasnya lagi, pengurusan ekonomi negara, seperti yang diperakui agensi-agensi penarafan antarabangsa, masih dalam keadaan yang baik.

Terdahulu, Muhyiddin mengadakan sidang media khas hari ini.

Fitch Solutions Country Risk & Industry Research baru-baru mendakwa kerajaan tidak akan dapat membiayai pakej rangsangan semasa mahupun pakej-pakej lain pada masa hadapan disebabkan pelbagai kekangan yang dihadapi negara buat masa ini.

Kerajaan setakat ini telah melaksanakan lapan pakej rangsangan ekonomi dengan nilai melebihi RM530 bilion, termasuk lebih RM80 bilion suntikan fiskal kerajaan.

Ia memberi manfaat kepada lebih 20 juta individu dan 2.4 juta perniagaan.

Perdana Menteri berkata defisit kerajaan dijangka akan melebihi unjuran enam peratus tahun ini dengan mengambil kira kesan kawalan pergerakan yang terbaharu dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Selangor.

“Namun, defisit ini walaupun besar, boleh kita tolak ke tepi seketika untuk memastikan ekonomi Malaysia pulih dan rakyat kita dilindungi.

“Unjuran pertumbuhan mungkin terpaksa diturunkan sedikit, namun, kita optimis apabila lebih ramai divaksinasi dan lebih banyak sektor ekonomi dapat dibuka dalam Fasa Dua dan Fasa Tiga (Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara), maka ekonomi kita akan bangkit semula,” menurutnya.

Berita berkaitan
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
TLDM rancang miliki kapal misi pesisir baharu ganti aset usang
March 28, 2022
27 kawasan di Selangor dilanda banjir kilat awal pagi ini
November 17, 2022
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok