Kerajaan tak henti kempen kesedaran Covid-19, kata Annuar Musa

December 12, 2021 · Isu semasa

Semua agensi penyaluran maklumat di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) diminta meneruskan usaha kesedaran mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) mencegah penularan Covid-19 khususnya semasa musim pilihan raya ini.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata usaha itu tidak boleh terhenti memandangkan rakyat perlu sentiasa diingatkan mengenai peranan mereka dalam soal pematuhan SOP tanpa perlu bergantung kepada langkah penguatkuasaan semata-mata.

“Kita tidak (boleh) mengharapkan situasi yang ideal (dengan) membuat satu (SOP dan) semua orang (sentiasa) patuh. Sifat manusia perlu terus diberikan penerangan, penjelasan dan kita juga menggalakkan pemerkasaan komuniti dari segi pematuhan,” katanya lapor Bernama.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melawat Pusat Operasi Bernama untuk Pilihan Raya (PRN) Sarawak ke-12 Sarawak hari ini.

Annuar juga berkata dalam situasi PRN ketika ini, agensi KKMM seperti Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Jabatan Penerangan dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) perlu sentiasa bersedia membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyalurkan penjelasan mengenai SOP yang dilaksanakan demi kepentingan orang awam.

“Rangkaian antara agensi kita sendiri untuk saling membantu (adalah penting), jadi kita boleh mendapat maklumat yang sahih dan juga apa yang penting, identiti kita adalah pantas dan tepat. Pemberitaan kena cepat tetapi cepat tidak tepat tak ada guna,” katanya.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kerajaan belum putuskan ubah peraturan sekat eksport ayam
August 8, 2022· Isu semasa
PN sahkan masih sokong PM, tidak timbul isu tarik sokongan: Annuar
August 7, 2022· Politik
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Popular
SRC: Catur terakhir ‘Bossku’ bermula hari ini di Mahkamah Persekutuan
August 15, 2022
Skandal LCS: Pengarah operasi ‘VIP’ dalam senarai pertuduhan SPRM
August 15, 2022
Peninju Thailand maut selepas aksi muay thai di Kota Bharu
August 14, 2022
Rayuan akhir Najib: Ketua Hakim Negara ketuai panel lima hakim
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia di landasan tepat catat KDNK hingga 6.3%: Tengku Zafrul
19 minit lalu · Isu semasa
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
25 minit lalu · Isu semasa
Harga alat ganti kenderaan naik antara 25 dan 60 peratus: Laporan
2 jam lalu · Isu semasa
Rayuan akhir Najib: Ketua Hakim Negara ketuai panel lima hakim
2 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia diniaga rendah pagi ini, ringgit pula dibuka tinggi
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
34 minit lalu
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok