Kerajaan tak halang media, wartawan perlu bebas bersuara: Ismail Sabri

May 29, 2022 · Isu semasa

Profesion kewartawanan harus kekal bebas dan berfungsi tanpa gangguan serta campur tangan pihak lain bagi menjamin kebebasan bersuara di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan tidak pernah menghalang media daripada menyiarkan sebarang laporan berita, malah ada antaranya dijadikan panduan pihak berwajib untuk mengambil tindakan susulan seperti penyaluran bantuan untuk kesejahteraan Keluarga Malaysia, lapor Bernama.

“Kerajaan sentiasa mendengar dan prihatin terhadap laporan yang dibangkitkan oleh media. Semua kementerian dan agensi kerajaan sentiasa memberi kerjasama kepada media dalam membantu memudahkan penyaluran maklumat yang seimbang, tepat, sahih dan memuaskan hati seluruh Keluarga Malaysia.

“Saya beri jaminan bahawa tiada apa yang hendak disembunyikan oleh kerajaan dalam penyaluran maklumat demi kepentingan Keluarga Malaysia dan pembangunan negara,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 di Melaka, hari ini.

Perdana Menteri mengakui golongan wartawan melaksanakan fungsi media sebagai estet keempat bersama-sama pihak eksekutif, perundangan dan kehakiman yang saling berganding bahu dengan kerajaan untuk menjayakan agenda pembangunan negara.

“Saya amat menghargai sumbangan wartawan dalam memastikan kelangsungan dan kejayaan rancangan pembangunan termasuk teguran bernas dan berasas supaya kerajaan dapat menyampaikan khidmat terbaik kepada rakyat selaras dengan hasrat dan konsep Keluarga Malaysia,” katanya.

Beliau berkata wartawan dianggap sebagai golongan pemikir kerana sentiasa memperoleh informasi segar dan terkini sebelum mencambahkan buah fikiran dan idea bernas bagi memperkayakan penulisan untuk menjamin Keluarga Malaysia yang berinformasi.

Selain itu, Perdana Menteri berkata adalah menjadi harapan kerajaan agar golongan wartawan terus menyiarkan laporan yang adil dan proaktif dalam mengeluarkan cadangan bagi penyelesaian kepada sesuatu isu yang dibangkitkan.

“Saya yakin langkah ‘semak dan imbang’ terhadap setiap informasi yang diterima sebelum disebarkan tetap menjadi amalan media bagi mengelak berlaku sebarang salah lapor yang boleh menjejaskan juga integriti dan kepercayaan ramai terhadap media,” katanya.

Berita berkaitan
Mahkamah tolak petisyen calon BN bagi DUN Sungai Udang
June 8, 2022· Politik
Pemandu BMW rempuh sembilan kenderaan selepas diserang sawan
June 4, 2022· Isu semasa
Rauf tepis spekulasi kepimpinan UMNO Melaka bakal ada perubahan
May 30, 2022· Politik
8 cabang perlu jalankan undi semula, keputusan pemilihan PKR ditangguh
May 23, 2022· Politik
Popular
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
July 2, 2022
Enjin bot rosak: 10 pemancing, 3 kru selamat
July 2, 2022
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
July 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
2 jam lalu · Isu semasa
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
8 jam lalu · Isu semasa
Malaysia bukan di planet lain, isu kos sara hidup berlaku seluruh dunia: PM
9 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak masa peket pulih dalam masa terdekat
10 jam lalu · Isu semasa
Segerakan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri bantu rakyat susah
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok