Kerajaan tak campur tangan keputusan kes mahkamah basikal lajak

April 17, 2022 · Isu semasa

Kerajaan menghormati keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara dan denda ke atas pemandu wanita terlibat nahas basikal lajak lima tahun lepas di Johor Bahru selepas disabitkan kesalahan baru-baru ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata masyarakat perlu memahami Malaysia mempunyai tiga cabang kuasa iaitu penggubalan undang-undang di Parlimen, kuasa eksekutif di pihak kerajaan dan yang terakhir ialah sistem kehakiman, lapor Bernama.

“Pertama, saya menghormati sistem kehakiman. Biar sistem kehakiman berjalan. Jadi tak elok eksekutif mengajar bagaimana badan kehakiman itu berjalan. Tidak. Jadi saya rasa kita kena melihat daripada konteks ini.

“Kedua, kita harus merancakkan lagi kesedaran dalam kalangan ibu bapa,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di Forest City Golf Resort hari ini.

Beliau juga berkata ketiadaan Perintah Kawalan Pergerakan menyebabkan kumpulan ‘mat rempit’ atau basikal lajak misalnya menganggap mereka sudah bebas dan mungkin aktiviti itu akan mula berleluasa, justeru peranan ibu bapa penting untuk memberikan kesedaran.

Wee berkata selain itu, peranan pihak berkuasa seperti polis dalam menguatkuasakan undang-undang terutama Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dipinda pada 2020 dengan hukuman lebih berat kepada pesalah diharap dapat membantu mengekang kejadian tidak diingini.

“Dengan rasa simpati kepada semua pihak terlibat, kita perlu ambil iktibar apa yang berlaku dan sedar risiko dihadapi pengguna jalan raya, jadi kita kena ambil inisiatif dan merancakkan kempen keselamatan jalan raya serta meningkatkan penguatkuasaan.

“Perkara ini sebenarnya tanggungjawab kita bersama, kementerian, penguat kuasa, ibu bapa dan juga masyarakat kerana apabila tragedi seperti ini berlaku, pada akhirnya ia tidak menguntungkan mana-mana pihak,” kata beliau.

Pada Rabu lepas, Hakim Datuk Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 ke atas Sam Ke Ting, 27, bagi kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan penunggang basikal lajak pada 18 Feb 2017.

Lesen memandu wanita itu turut digantung selama tiga tahun sebaik sahaja selesai menjalani hukuman.

Keputusan itu sekali gus mengetepikan perintah Mahkamah Majistret pada 10 Okt 2021 yang melepas dan membebaskan tertuduh.

Sam, yang ketika kejadian berusia 22 tahun, didakwa memandu kereta bernombor pendaftaran JQB 9984 di Jalan Lingkaran Dalam secara melulu atau dengan berbahaya sehingga menyebabkan kematian mangsa yang berumur antara 13 hingga 16 tahun pada 3.20 pagi.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok