Kerajaan tak cadang jadikan suntikan vaksin Covid-19 mandatori

July 28, 2021 · Isu semasa

Kerajaan tidak bercadang mewajibkan suntikan vaksin kepada rakyat selaras dengan kebebasan program vaksinasi yang lain dalam dasar kesihatan awam, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin.

Dalam penggulungan penerangan pada Sidang Khas Dewan Rakyat petang tadi beliau berkata semua vaksinasi yang lain tidak diwajibkan dan diambil secara sukarela.

“Kerajaan tidak mahu sampai memaksa orang ramai mengambil vaksin tetapi berharap kemudahan dan kebebasan dapat diberikan kepada mereka yang sudah lengkap vaksin.

“Kemudahan yang akan diberikan kepada mereka yang sudah lengkap vaksin akan diumumkan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin).

“Kita harap dengan kemudahan (kebebasan) ini, akan menarik mereka yang enggan berdaftar atau menerima vaksin ini. Mungkin mereka akan terpanggil apabila melihat orang yang sudah lengkap vaksin diberikan kemudahan nanti,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen (PN-Kinabatangan) Datuk Seri Bung Moktar Radin mencadangkan supaya kerajaan menjadikan imunisasi vaksin Covid-19 sebagai suntikan wajib kepada rakyat negara ini.

Beliau membuat cadangan itu susulan jumlah individu yang menerima suntikan vaksin didapati masih rendah, berbanding keseluruhan rakyat Malaysia.

Perkara itu, katanya perlu dipertimbangkan kerana pandemik Covid-19 kini sudah merentasi sempadan dan bukan hanya menjejaskan ekonomi, tetapi juga kehidupan dan nyawa rakyat.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok