Kerajaan tak bantu biaya projek lebuh raya baharu: Fadillah

June 3, 2022 · Isu semasa

Semua projek lebuh raya baharu, termasuk tiga yang bakal dibina di Lembah Klang bagi mengatasi kesesakan lalu lintas, tidak akan mendapat sebarang peruntukan daripada kerajaan.

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kos projek terbabit dan sebarang risiko akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat konsesi, lapor Bernama.

“Untuk semua lebuh raya baharu, tiada lagi bantuan kewangan daripada kerajaan malahan tanah pun tiada bantuan. Dulu kalau kita buat lebuh raya, pengambilan tanah ditanggung oleh kerajaan sebahagiannya.

“Sekarang ini tiada lagi pinjaman mudah, semuanya akan dibiayai sepenuhnya oleh pihak syarikat konsesi yang berminat buat lebuh raya,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri serta Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia Bagi Tahun 2021 dan 2022 di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan projek Lebuhraya Bertingkat Penyuraian Trafik Petaling Jaya (PJD LINK), Lebuhraya Putrajaya-Bangi (PBE) dan Lebuhraya Penyuraian Utara Kuala Lumpur (KL-NODE) mendapat kelulusan berprinsip daripada kerajaan.

Pada 4 April lepas, Fadillah berkata kerajaan mengalu-alukan pihak swasta mengambil alih syarikat konsesi lebuh raya lain bagi penstrukturan semula dalam usaha mengurangkan beban perbelanjaan rakyat dan kerajaan.

Pada hari yang sama, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kerajaan bersetuju dengan cadangan penstrukturan semula empat konsesi termasuk Kesas Sdn Bhd yang menguruskan Lebuhraya Shah Alam (KESAS) serta Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd yang menguruskan Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART).

Berita berkaitan
Subsidi 2022 terbesar dalam sejarah bagi ringankan beban rakyat, kata MOF
June 25, 2022· Isu semasa
Menteri UMNO tolak cadangan potong gaji, tak selesai harga barang naik
June 25, 2022· Isu semasa
China gesa dunia hulur bantuan kepada Afghanistan
June 24, 2022· Dunia
MPN terus main peranan sebagai badan penasihat kerajaan: Muhyiddin
June 24, 2022· Isu semasa
Popular
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Operasi cari 10 pemancing, 3 kru bot hilang diperluas: APMM
July 1, 2022
Mahkamah tangguh keputusan kes rasuah Azeez buat kali terakhir
July 1, 2022
Keputusan kes rasuah Rosmah diubah kepada 1 September
July 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Annuar perjelas punca harga barang naik
53 minit lalu · Isu semasa
Kekurangan doktor di HKL, HTA hanya sementara
1 jam lalu · Isu semasa
Permohonan Irwan, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar 19 Okt
1 jam lalu · Isu semasa
Guan Eng menang kes saman terhadap dua akhbar bahasa Cina
1 jam lalu · Isu semasa
Tiada syarikat di Malaysia ada lesen import, jual air zam zam: KKM
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
3 jam lalu
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
June 30, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok