Kerajaan sokong Masjid Kampung Laut jadi tapak warisan dunia: PM

September 10, 2022 · Isu semasa

Kerajaan menyokong penuh langkah mewartakan Masjid Kampung Laut sebagai Monumen Kebangsaan di bawah Jabatan Warisan Negara serta Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam catatan di laman Facebook semalam menyifatkan langkah itu sebagai sangat signifikan.

“Saya amat gembira kerana setelah lebih 50 tahun, hasrat rakyat Kelantan untuk membawa pulang Masjid Lama Kampung Laut ini menjadi kenyataan ibarat ‘sirih pulang ke gagang.’

“Kerajaan menyokong penuh langkah bagi mewartakan Masjid Kampung Laut ini sebagai Monumen Kebangsaan di bawah Jabatan Warisan Negara dan sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO kerana ia sangat signifikan.

“Kerajaan turut membelanjakan sebanyak RM40 juta untuk Projek Pembangunan Semula Kampung Laut yang terdiri daripada Laman Warisan Serunding, Laman Warisan Seni dan pemindahan Masjid Lama Kampung Laut,” katanya.

Masjid tertua di Malaysia berusia 400 tahun itu telah dibawa pulang ke lokasi asal di Kampung Laut, Tumpat bersama komponennya seperti struktur menara, mimbar, kolah dan bedok selepas 50 tahun dipindahkan ke Nilam Puri berikutan tapak asalnya ditenggelami air akibat banjir.

Masjid Kampung Laut yang dibina berasaskan kayu cengal serta menggunakan pasak dianggarkan berusia 400 tahun merupakan antara masjid tertua di Malaysia.

Sebelum ini ia terletak di Kampung Laut, Tumpat namun dipindahkan ke Nilam Puri, selepas tapak asalnya ditenggelami air.

Masjid Kampung Laut dipercayai dibina pada abad ke-18, dan terselamat dari dua banjir besar pada 1926 dan 1966.

Sementara itu, Ismail Sabri juga berkata projek pembinaan Jambatan Palekbang, yang menghubungkan Kota Bharu dengan Tumpat bermula akhir tahun ini, mampu menyelesaikan masalah kesesakan aliran trafik.

Beliau berkata jambatan sepanjang empat kilometer itu akan menjadi pemangkin utama kepada Kelantan sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan dapat menambah baik taraf sosioekonomi rakyat tempatan.

“Inilah komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan pembangunan seimbang dinikmati oleh rakyat Kelantan selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia,” katanya.

Berita berkaitan
ADUN pembangkang di Kelantan dapat peruntukan, tak seperti kerajaan campuran
August 23, 2023· Politik
PN pertahan Kelantan menang 43 DUN
August 12, 2023· Politik
PAS umum barisan baharu kerajaan negeri Kelantan jika menang PRN
August 11, 2023· Politik
Ada kerajaan tapi tidak berfungsi : Muhyiddin
August 8, 2023· Politik
Popular
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Mahkamah kembalikan perintah pengharaman buku Gay is Okay! A Christian Perspective”
September 25, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
2 jam lalu · Isu semasa
Permohonan lelaki bunuh kekasih hamil dirujuk psikiatri ditolak mahkamah
2 jam lalu · Isu semasa
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
5 jam lalu · Isu semasa
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
5 jam lalu · Isu semasa
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
23 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok