Kerajaan setuju teruskan empat projek besar di Pantai Timur: PM

September 9, 2022 · Isu semasa

Kerajaan bersetuju meneruskan pelaksanaan empat projek di bawah Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kesemua projek itu diputuskan pada mesyuarat ECERDC yang diadakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Bharu, hari ini (9 September 2022).

Projek itu meliputi pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur 3 (LPT3) bermula dari Gemuroh, Terengganu ke Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan sejauh 147 kilometer (km) dan Projek Tebatan Banjir di Rantau Panjang-Golok Fasa 2 yang telah diluluskan dengan kos sebanyak RM897 juta.

“Selain itu, kerajaan juga telah bersetuju untuk melebarkan jalan projek Lebuhraya Kuantan, Pahang – Segamat, Johor Fasa 2 yang melibatkan jajaran dari Runchang ke Simpang 3 Keratong sepanjang 51 km.

“Kerajaan juga akan membangunkan kawasan bandar-bandar bersempadan dengan Thailand iaitu membina jambatan Sungai Golok di Rantau Panjang dan Jambatan Tak Bai-Pengkalan Kubor,” katanya berucap pada majlis perasmian Laman Warisan Kampung Laut, di Tumpat, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Setiausaha Kerajaan Kelantan Datuk Nazran Muhammad.

Ismail Sabri berkata kerajaan sentiasa berlaku adil dengan semua negeri dalam melaksanakan pembangunan.

“Saya menghargai usaha ECERDC dalam menerajui inisiatif-inisiatif pemulihan ekonomi negara di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), melalui pelaksanaan pelbagai program pembangunan modal insan, projek-projek strategik dan penarikan pelaburan baharu.

“Usaha ini telah berjaya merancakkan lagi kegiatan ekonomi di ECER dan seterusnya menambah baik kesejahteraan Keluarga Malaysia,” kata beliau dan menambah program yang dilaksanakan di ECER dengan menyasarkan golongan B40, penganggur dan masyarakat Orang Asli telah mencatatkan kejayaan yang membanggakan.

Beliau berkata mengambil kira perkembangan semasa dan Pelan Induk ECER 2.0 yang akan berakhir pada 2025, ECERDC perlu menjalankan Kajian Pelan Induk ECER 3.0 untuk merangka pelan pelaksanaan sosioekonomi sehingga 2030.

“Saya difahamkan bahawa perkara ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut nanti,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023· Isu semasa
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023· Politik
Kegagalan epik timbalan menteri, model ekonomi syok sendiri
September 22, 2023· Rencana
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
3 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
4 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
23 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
23 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
7 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok