Kerajaan setuju kaji semula Sosma, mula buat libat urus: Ramkarpal

December 23, 2022 · Isu semasa

Kajian semula melibatkan beberapa peruntukan tertentu dalam Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) sudah dipersetujui pihak kerajaan, kata Ramkarpal Singh.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi)  kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) itu berkata, kementeriannya akan memulakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan bagi melihat keperluan akta kontroversi tersebut terus dikekalkan atau dipinda beberapa peruntukan.

Menurut Ramkarpal, pertemuan sudah dibuat  dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, untuk berbincang tentang pelbagai isu berkaitan undang-undang tersebut.

“Antara lain, kami telah berbincang berkenaan Sosma dan keperluan bagi akta ini dikaji secara lebih lanjut bagi menangani pelbagai aspeknya yang telah menerima kritikan seperti peruntukkan yang mengehadkan pemberian jaminan.

“Saya gembira untuk mengumumkan bahawa Saifuddin telah bersetuju dengan cadangan saya untuk memulakan sesi libat urus yang sewajarnya bersama kesemua pihak berkepentingan yang terlibat bagi tujuan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Saifuddin Nasution sebelum ini dikritik  brhubung pendiriannya terhadap akta kontroversi itu yang dilihat bertentangan dengan pendirian kerajaan PH-BN.

Jelasnya lagi, kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkenaan perkara ini.

“Saya akan menjemput kesemua pihak berkepentingan, termasuk pegawai-pegawai daripada KDN dan PDRM, untuk segera memulakan proses ini,” katanya lagi.

Saifuddin Nasutikn pada 13 Dis lalu dilaporkan berkata beliau tidak berhasrat untuk menyemak semula Sosma serta menyatakan ia bukanlah undang-undang penahanan tanpa bicara tidak seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1967 (ISA) yang sudah dimansuhkan.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
2 jam lalu· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok