Kerajaan setuju beri ‘ganjaran’ sempena Hari Pekerja 2022

May 1, 2022 · Isu semasa

Kerajaan bersetuju memberi ‘ganjaran’ sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada golongan pekerja dalam menjana kemajuan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

‘Hadiah’ itu termasuk:

  • Kerajaan akan menanggung 80 peratus jumlah caruman individu bekerja sendiri menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan sasaran sekurang-kurangnya sejuta ahli Keluarga Malaysia mendapat manfaat itu.
  • Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia atau MyEzyCover.com yang diperkenalkan mulai hari ini (1 Mei), penjawat awam akan ditawarkan pakej pembiayaan secara ansuran sehingga 10 bulan tanpa sebarang caj faedah dan skim akan diperluaskan kepada sektor swasta. Program ini akan dilaksanakan Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Perkeso dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).
  • Gaji minimum RM1,500 yang berkuat kuasa hari ini adalah hadiah kepada golongan pekerja atas dedikasi tanpa jemu dalam membangunkan ekonomi negara.
  • Kerajaan bersetuju mewajibkan penyediaan taska di tempat kerja bagi sektor awam kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan badan berkanun sebelum diperluaskan ke sektor swasta. Kerajaan telah menyediakan geran tahunan sebanyak RM10 juta pada 2019 dan RM30 juta sejak 2020 bagi inisiatif berkenaan, sekali gus memberi kelegaan kepada pekerja yang mempunyai anak kecil.

Semua ganjaran itu itu diumumkan Perdana Menteri dalam ucapan khas sempena Hari Pekerja 2022 bertemakan “Pekerja Tonggak Keluarga Malaysia Dalam Pemulihan Negara” yang disiarkan secara langsung di TV1, hari ini.

Selain itu, beliau juga berkata pembukaan semula sempadan negara memberi ruang kepada pengambilan semula tenaga kerja asing dalam sektor tertentu terutama sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar) namun tindakan itu bukan berhasrat membelakangkan pekerja tempatan, lapor Bernama.

Ismail Sabri berkata satu mekanisme komprehensif akan dirangka untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing supaya warga tempatan diberi keutamaan terlebih dahulu.

“Kementerian Sumber Manusia telah diminta supaya meneliti dan mengkaji aspek ini agar pekerja tempatan mendapat manfaat dengan menambah baik kadar gaji, pakej pekerjaan dan kemajuan kerjaya,” katanya.

Katanya kerajaan juga meratifikasi Protokol 29 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) sebagai bukti komitmen menghapuskan buruh paksa di Malaysia, sekali gus memastikan produk dan barangan negara tidak lagi dikenakan sekatan masuk ke pasaran antarabangsa kerana didakwa menggunakan buruh paksa.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata kerajaan juga melancarkan portal UPSkills Malaysia untuk pekerja meningkatkan kemahiran dan menjadikannya pusat rujukan tunggal yang menghimpunkan maklumat 6,143 penyedia latihan meliputi 35 bidang kemahiran.

Selain itu, katanya pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi memastikan Keluarga Malaysia dapat meneruskan kehidupan antaranya Program Subsidi Upah (PSU) yang membantu lebih 350,000 majikan di seluruh negara dengan peruntukan RM20.34 bilion selain berjaya mengekalkan 2.95 juta individu dalam sektor pekerjaan.

Menurutnya, kerajaan juga telah meningkatkan had siling gaji bulanan diinsuranskan daripada RM4,000 kepada RM5,000 yang memanfaatkan sembilan juta pekerja khususnya pencarum Perkeso di seluruh negara.

“Kerajaan yakin warga pekerja Keluarga Malaysia akan kekal berdaya tahan dan terus menjadi rakan strategik dalam membangunkan ekonomi negara.

“Sekali lagi, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja, pemimpin dan ahli kesatuan-kesatuan sekerja yang ada di negara ini,” katanya yang turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilifitri kepada seluruh Keluarga Malaysia.

Berita berkaitan
Kes saman Ismail Sabri terhadap Lokman dibicara pada 29 Jan 2024
March 6, 2023· Politik
Adakah MP UMNO tak sehaluan dengan Presiden sedia dipecat parti?
March 6, 2023· Politik
Zahid sedia dedah surat RoS, gesa akar umbi pertahan kerajaan PH-DAP
March 5, 2023· Politik
Tujuh calon Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri tak hantar borang pertahan jawatan
February 27, 2023· Politik
Popular
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
March 26, 2023
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
March 26, 2023
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ayam cukup bekalan sehingga Aidilfitri, kata Menteri
9 jam lalu · Isu semasa
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
9 jam lalu · Isu semasa
Tiada masalah nak bina kuil, ikut syarat, jaga sensitiviti umat Islam
14 jam lalu · Isu semasa
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
15 jam lalu · Isu semasa
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok