Kerajaan sepatutnya tunggu proses rayuan berjalan, tak perlu tarik balik: PEMBELA

May 16, 2023 · Isu semasa

Langkah menarik balik rayuan berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan adalah tidak wajar, kata gabungan kumpulan Islam.

Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) berkata KDN dan kerajaan sepatutnya menunggu proses perundangan berjalan dan tidak menarik balik rayuan dalam melibatkan isu kalimah Allah dan mendesak penjelasan yang konkrit berhubung isu tersebut.

“Kita NGO (pertubuhan bukan kerajaan) Islam boleh sabar ikut proses perundangan yang ada sejak berpuluh tahun lalu, walaupun kalah, kita terima. Kita tunggu proses (mahkamah) ini dibawa secara matang. Tetapi mengapa Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) tarik balik (rayuan) dengan mengambil tindakan unilateral tanpa rujuk kesemua pemegang taruh.

“Dalam kenyataan Menteri Dalam Negeri hari ini, beliau berkata, kes itu lebih berkaitan isu pentadbiran, isu pekeliling (yang dikeluarkan KDN) pada 1986, yang dibatalkan mahkamah. Beliau turut memberitahu, KDN nak meneliti semula, tetapi dah dua tahun, perkara ini tak dibaiki. Jika betul, ia masih dalam proses, kenapa kena tarik balik (rayuan)?” kata Setiausaha Agungnya, Aswanizam Alias.

PEMBELA mengadakan sidang media di Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) hari ini.

Hadir sama, Presidennya, Mahmud Hishamuddin dan 11 lagi wakil NGO Islam termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Persatuan Pegawai Muslim Malaysia (PPMM) dan Majlis Perunding Melayu.

Katanya, penjelasan dikeluarkan Saifuddin hari ini tidak dilihat ‘menjernihkan suasana’, sebaliknya menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai peranan KDN terutama dalam isu berkaitan menjaga kesucian agama Islam sebagai agama rasmi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Pertama, KDN perlu beri justifikasi, tak boleh buat keputusan sesuka hati tanpa babitkan sesi libat urus dengan pemegang taruh. Kedua, jika masih ada ruang untuk tarik balik keputusan sekarang, silakan berbuat demikian.

“Ketiga, jika ia tidak ditarik balik, maka NGO seperti PEMBELA akan bergerak ke depan. Ini hanya satu permulaan dan percayalah, gelombang (bantahan) ini akan jadi lebih besar, sehingga kita dapat pastikan perkara yang sepatutnya ditegakkan, dapat direalisasikan,” katanya.

Selain itu, katanya, PEMBELA turut menggesa Majlis Agama Islam di peringkat negeri sebagai pemegang taruh terbesar mengeluarkan kenyataan berhubung isu berkenaan.

Katanya, langkah sama turut diharap dilaksanakan oleh Majlis Raja-Raja sebagai ketua agama di peringkat negeri.

“Keenam, jika tidak ada jalan lain, kami akan satukan NGO Islam, tidak mengira latar belakang dan parti politik yang ingin bersama untuk pastikan isu ini dapat diselesaikan secara baik.

“Perdana Menteri ada kuasa di tangan dia, boleh nasihati KDN. Malah Datuk Seri Anwar (Ibrahim) juga berpuluh tahun dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), jadi inilah masanya ketika diberi kuasa untuk (laksanakan perkara yang sepatutnya,” katanya.

Berita berkaitan
UMNO tak tolak letak calon di Kemaman, tak beri PH laluan: Zahid
10 jam lalu· Politik
Zahid sebelum ini kata ada rombakan Kabinet, tapi PM pula kata belum ada keputusan
11 jam lalu· Politik
Menteri Agama sudah jumpa MP DAP tafsir al-Quran, beri nasihat
19 jam lalu· Politik
PAS tak fail rayuan keputusan Parlimen Kemaman, sedia hadapi PRK
19 jam lalu· Isu semasa
Popular
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
October 3, 2023
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
October 3, 2023
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
October 3, 2023
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
October 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
10 jam lalu · Isu semasa
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
19 jam lalu · Isu semasa
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
19 jam lalu · Isu semasa
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
24 jam lalu · Isu semasa
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar kena tenang tak perlu agresif, Pelangai tetap pilih PN
5 jam lalu
[VIDEO] Malaysia macam negara miskin sejak Anwar Ibrahim jadi PM
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok