Kerajaan sedia teruskan RoL, bina River City di ibu kota

April 4, 2021 · Isu semasa

Kementerian Wilayah Persekutuan bersedia meneruskan Program Sungai Nadi Kehidupan (RoL) bagi memastikan sungai di ibu kota kekal bersih dan indah, kata menterinya, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, kerajaan juga akan membina ‘River City’ di bahagian utara RoL 1.0 menggunakan teknologi di mana air sungai yang kurang berkualiti akan berada di bawah.

“Airnya kurang baik berada di bawah, manakala sungai di tahap kualiti rekreasi akan berada di atas, dalam bentuk dua tingkat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan figura Ejen Ali, sebagai ikon kempen kesedaran alam sekitar, di ibu negara hari ini.

Katanya, perancangan untuk pembangunan RoL 2.0 itu, akan meliputi aspek pembangunan, pengindahan dan kaedah dalam mengawal banjir besar, di Kuala Lumpur.

“Perbincangan sedang dilaksanakan dengan pelbagai pihak termasuk swasta, untuk mengelakkan kebergantungan sepenuhnya kepada peruntukan atau dana Kerajaan Pusat semata-mata,” katanya.

Annuar berkata, beberapa syarikat termasuk swasta telah dipanggil, untuk membuat pembentangan kertas kerja tentang perkara itu dan syor-syor itu akan dilihat dengan teliti.

Pada masa sama beliau berkata, kementeriannya juga akan melihat bagaimana dapat memperketatkan penguatkuasaan undang-undang, sebagai usaha mengawal pencemaran alam sekitar terutamanya mengenai kepentingan penjagaan sungai.

Berita berkaitan
Puad bidas Annuar tular dan kongsi sidang media Tajuddin
June 28, 2022· Politik
Puad naik angin dengan Annuar selepas sindir Presiden UMNO
June 27, 2022· Politik
Ada beberapa nama lagi bakal dipecat UMNO, dakwa Annuar
June 24, 2022· Politik
Kalau UMNO saja yang nak bubar, kerajaan tetap ada juga: Annuar
June 14, 2022· Politik
Popular
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Zahid diingat jaga sikap, mahkamah bukan kedai kopi, MT UMNO
June 30, 2022
Lokman dituduh hina mahkamah ketika prosiding kes Zahid berjalan
June 30, 2022
Mas Ermieyati kaji tindakan terhadap tuduhan Zahid, nafi guna dana parti
June 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lesen pengilang enggan beli sawit, jejas minyak masak digantung
6 jam lalu · Isu semasa
JPA kaji waktu kerja 4 hari seminggu
6 jam lalu · Isu semasa
SRC: 29 Julai pengurusan kes Najib jawab afidavid pendakwaaan
6 jam lalu · Isu semasa
APMM aktifkan operasi cari bot bawa 13 pemancing, kru
7 jam lalu · Isu semasa
Agihan pendapatan ASB 3 Didik 4.25 sen
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
7 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok