Kerajaan sasar jimat RM6 bilion daripada bajet mengurus 2022

July 20, 2022 · Isu semasa

Kerajaan menyasarkan untuk menjimatkan antara RM5 bilion hingga RM6 bilion daripada baki peruntukan mengutus tahun 2022, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata penjimatan tersebut melibatkan beberapa perkara antaranya pengurangan pembelian barangan import dan perbelanjaan ke luar negara, lapor Bernama.

“Nilai lima peratus (itu) tidak besar mana, malah kalau dilihat (dalam Bajet 2022), perbelanjaan kita adalah RM332 bilion, perbelanjaan pembangunan pada tahun ini sebanyak RM75 bilion, subsidi mencecah RM77.7 bilion dan kita menjangka mungkin mencecah RM80 bilion.

“Nilai tersebut adalah sedikit, tetapi setiap sen dikira untuk kita membantu rakyat. Oleh sebab itu, kita terpaksa cari cara lain bukan sahaja daripada hasil baru naik seperti harga minyak dan komoditi yang tinggi, tetapi juga dengan cara penjimatan,” katanya ketika ditemui pada sambutan majlis ulang tahun ke-10 studio animasi R&D di Kuala Lumpur, hari ini.

Tengku Zafrul turut menegaskan bahawa tiada projek yang akan dibatalkan tetapi (mungkin) terdapat projek yang boleh ditangguhkan untuk sementara waktu.

Menjawab persoalan mengenai kemungkinan terdapat cukai baharu yang akan diperkenalkan untuk membantu menambah hasil negara, beliau berkata tiada bentuk cukai baharu yang akan dibuat pada masa ini.

“Ekonomi kita masih lagi dalam keadaan mod pemulihan, justeru, tiada cukai baharu akan diperkenalkan. Bagaimanapun, dalam pengumuman Bajet 2022, dari segi hasil, kita ada memperkenalkan, sebagai contoh Cukai Makmur.

“Kerajaan akan terus fokus membantu kehidupan rakyat dan kelangsungan perniagaan kita,” katanya.

Berita berkaitan
Utamakan kepentingan rakyat bukan berdendam dengan pembangkang, kata PN
8 jam lalu· Politik
Dulu sembang kencang, sekarang potong peruntukan Ahli Parlimen pula: Rosol
17 jam lalu· Politik
MITI jumpa wakil AstraZeneca bincang perluaskan operasi di Malaysia
January 20, 2023· Isu semasa
Jazlan bidas Ismail Sabri dan Hasni pertikai usul tiada pertandingan jawatan Presiden
January 18, 2023· Politik
Popular
Johari sahkan Mohammed Iqbal adalah anaknya, sama dalam web rasmi Parlimen
February 3, 2023
Kumpulan terus desak pengeluaran KWSP bersasar, gesa kerajaan kasihani rakyat
February 4, 2023
Pulau Pinang dilanda banjir
February 4, 2023
Elak rakyat muflis, CUEPACS cadang panjangkan tempoh bayaran pinjaman
February 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Elak rakyat muflis, CUEPACS cadang panjangkan tempoh bayaran pinjaman
11 jam lalu · Isu semasa
Kumpulan terus desak pengeluaran KWSP bersasar, gesa kerajaan kasihani rakyat
11 jam lalu · Isu semasa
Exco Selangor sahkan pembukaan tanah di Taman Negeri untuk pelaksanaan ECRL
17 jam lalu · Isu semasa
Pulau Pinang dilanda banjir
17 jam lalu · Isu semasa
Tunggu dasar dan garis panduan KDN berhubung kebenaran jual bunga api, mercun
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok