Kerajaan salur RM7.150 bilion kepada PKS setakat 6 Julai: Tengku Zafrul

September 2, 2022 · Isu semasa

Kerajaan telah menyalurkan sejumlah RM7.150 bilion kepada sebanyak 26,119 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di bawah Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF) setakat 6 Julai, 2022.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sejumlah 41,978 permohonan telah diterima setakat tempoh tersebut dan kemudahan pinjaman bernilai RM6 bilion ini telah ditambah menjadi RM8 bilion bagi membantu kalangan PKS yang terjejas dalam sektor perkhidmatan.

Jelas beliau, di bawah TRRF yang dipertingkat, PKS boleh menggunakan sehingga 30 peratus daripada pembiayaan yang diluluskan untuk membayar balik pembiayaan perniagaan (pembiayaan semula) sedia ada.

“Saiz pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga RM500,000 bagi setiap PKS manakala RM75,000 bagi perusahaan mikro dengan kadar faedah sehingga 3.5 peratus setahun termasuk fi jaminan.

“Tempoh bayaran balik pembiayaan ini adalah sehingga tujuh tahun berserta moratorium sekurang-kurangnya selama enam bulan,” katanya menerusi Laporan Kewangan Rakyat Ke-109 yang dikeluarkan hari ini.

Tengku Zafrul berkata kemudahan yang ditawarkan pada kadar sehingga 3.5 peratus setahun ini tersedia melalui institusi kewangan peserta dengan perlindungan jaminan oleh pihak Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) atau Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP).

Kemudahan tersebut tersedia hingga 30 Jun, 2022 atau setelah peruntukan digunakan sepenuhnya.

Selain itu, beliau berkata, bagi menyokong matlamat kerajaan dalam mencapai pelepasan karbon sifar bersih pada tahun 2050, PKS juga digalakkan untuk menerapkan amalan kelestarian bagi meningkatkan daya tahan perniagaan masing-masing.

“Kemudahan Peralihan Rendah Karbon merupakan satu kemudahan pembiayaan yang diperuntukkan bermula dari 3 Feb, 2022 dan boleh dipohon sehingga peruntukan digunakan sepenuhnya iaitu sebanyak RM1 bilion di bawah strategi inisiatif 1, Amalan Rendah Karbon dalam Bajet 2022.

“Setakat 6 Julai, 2022, sebanyak 26 syarikat PKS telah memohon bagi kemudahan ini dengan sejumlah RM11.713 juta telah diluluskan bagi 12 PKS,” katanya.

Menurut Tengku Zafrul, pemohonan PKS itu mewakili semua sektor yang komited untuk beralih ke arah operasi perniagaan rendah karbon dan lestari.

Beliau berkata, amalan kelestarian ini termasuk namun tidak terhad kepada aktiviti seperti mendapatkan pensijilan kelestarian, meningkatkan penggunaan bahan yang diakui lestari dalam aktiviti pengeluaran, menambah baik kecekapan tenaga bangunan dan peralatan selain memasang peralatan jana kuasa tenaga boleh baharu di premis masing-masing. – Bernama

Berita berkaitan
Cadangan kerajaan agar majikan naikkan caruman bawa mudarat: SAMENTA
May 3, 2023· Isu semasa
Budaya bergantung kepada bantuan tunai perlu diubah: MP Wangsa Maju
April 26, 2023· Isu semasa
Zafrul dilantik Bendahari UMNO Selangor
April 12, 2023· Politik
Rafizi pertahan langkah kerajaan tak benarkan pengeluaran KWSP
April 4, 2023· Politik
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Dewan Rakyat riuh bila sup tulang babi dicadang jadi makanan kebangsaan
June 7, 2023
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
3 jam lalu · Isu semasa
Siasatan ke atas Sanusi episod hitam dalam negara, kata PAS
3 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
4 jam lalu · Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
5 jam lalu · Isu semasa
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
3 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok