Kerajaan rancang bina 28,033 unit rumah untuk keluarga tentera

November 3, 2021 · Isu semasa

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan merancang membina 28,033 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) yang selesa dan kondusif dari 2021 hingga 2030, selain menyelenggara RKAT sedia ada di seluruh negara.

Menurutnya kerajaan menerusi Kementerian Pertahanan memberi tumpuan khusus kepada agenda perumahan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) demi keselesaan mereka.

“Saya pernah menjadi Menteri Pertahanan sebelum ini, justeru, saya menyedari dan memahami keperluan perumahan bagi anggota ATM.

“Mengambil kira jumlah anggota ATM di seluruh negara ketika ini, pembinaan RKAT baharu di seluruh negara adalah satu keperluan,” katanya merasmikan Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) di Taman LTAT, Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, ketika beliau bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Sri Mustapa Mohamed dan beberapa lagi pihak berkepentingan merangka Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12), salah satu agenda yang menjadi keutamaan di bawah bab pertahanan ialah agenda perumahan anggota tentera.

“Alhamdulillah, RMK-12 sudah pun dibentang dan diluluskan, saya juga umumkan bahawa menerusi perancangan lima tahun ke hadapan negara, kerajaan akan membina kira-kira 10,200 unit RKAT dan kuarters Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara.

“Penting untuk saya maklumkan, 1,509 unit sudah pun dalam proses pembinaan, manakala 7,343 unit lagi sedang dalam proses perolehan,” katanya.

Berita berkaitan
RoS patut tangguhkan pemilihan UMNO, kata Naib Presiden
February 28, 2023· Politik
Saya ‘dilanyak’ parti sendiri masa jadi Perdana Menteri: Ismail Sabri
February 10, 2023· Politik
Ya saya berdiri… tapi Nur Jazlan tak faham kenyataan, kata Ismail Sabri
January 21, 2023· Politik
Kalah teruk PRU-15: Zahid salahkan Ismail Sabri, pemimpin negeri
January 15, 2023· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok