Kerajaan PN Kedah lulus cuti peristiwa Thaipusam 5 Februari

January 24, 2023 · Isu semasa

Kerajaan Kedah yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) menerusi PAS, bersetuju meluluskan pemberian cuti peristiwa pada 5 Februari ini bersempena sambutan Thaipusam.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata kelulusan itu dipersetujui dalam mesyuarat EXCO 18 Januari lalu.

“Pemberian cuti peristiwa ini adalah bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada penganut Hindu di negeri ini meraikan hari kebesaran agama mereka bersama keluarga.

“Kepada yang bukan beragama Hindu, pemberian cuti peristiwa ini juga diharap dapat memberikan mereka manfaat yang sebaik-baiknya memandangkan ia jatuh pada Ahad yang berturutan dengan cuti mingguan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, isu cuti peristiwa sempena perayaan Thaipusam di Kedah hangat diperdebatkan pada awal 2021 apabila kerajaan negeri memutuskan tiada cuti peristiwa untuk perayaan itu.

Ketika itu Muhammad Sanusi menegaskan bahawa keputusan kerajaan negeri bukan bertujuan untuk menafikan hak penganut Hindu sebaliknya rakyat sememangnya telah pun ‘dicutikan’ oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berita berkaitan
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
PAS gesa kerajaan batal penganjuran program ratu cantik pada Disember
November 24, 2023· Politik
Kajian Merdeka Center bukti rakyat marah kepada PMX, tahap terburuk: Idris
November 23, 2023· Politik
MB Terengganu diumum calon Parlimen Kemaman
November 17, 2023· Politik
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
10 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
17 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
17 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
17 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Mahathir di Grand Finale PRK Kemaman
41 minit lalu
[VIDEO] UMNO sepatutnya tadbir negara bersama PN, bukan dengan DAP
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok