Kerajaan PH-BN pandai kawal harga daging babi, tapi tidak telur ayam

January 5, 2023 · Isu semasa

Armada Bersatu Malaysia hairan apakah formula digunakan oleh kerajaan PH-BN kerana dapat menyelesaikan masalah harga daging babi dengan pantas, sedangkan masih gagal mengetasi isu kekurangan dan harga telur ayam.

Ketua Armada Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata rakyat ingin tahu bagaimana kerajaan gabungan PH-BN mengawal harga daging babi dalam tempoh singkat.

Menurutnya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub memberitahu bertemu Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkaitan cadangan pengawalan harga daging babi yang akan dibawa ke mesyuarat Kabinet.

“Mereka membayangkan isu tersebut akan diselesaikan sebelum Tahun Baru Cina pada 22 Januari 2023. Ini tidak sampai sebulan daripada sekarang!

“Menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia yang dikeluarkan pada 2021, Penggunaan per Kapita (PCC) dalam kalangan rakyat adalah lebih kurang sama antara daging babi (17.3) dengan telur ayam (20.8 ).

“Data Kadar Kebergantungan Import pada 2021, 7.1 peratus daripada penggunaan daging babi diimport daripada luar negara manakala negara langsung tidak mengimport telur ayam kerana kita pengeksport bersih telur ayam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang berkata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli bagaimanapun dalam pengumuman menerusi Twitternya membayangkan masalah ekonomi tidak dapat diselesaikan dalam tempoh satu bulan.

Katanya Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu telah pun mengimport telur ayam dari India walhal negara tidak memerlukan import telur ayam.

“Sampai sekarang, isu harga telur ayam masih gagal diselesaikan.

“Rakyat ingin tahu bagaimana pihak kerajaan mengawal harga daging babi dalam tempoh begitu singkat sedangkan Kebergantungan Import daging babi lebih teruk daripada telur ayam?

“Jika pihak kerajaan mempunyai “Formula Istimewa” untuk menyelesaikan masalah daging babi dalam masa yang singkat, kenapa “Formula” itu tidak digunakan untuk mengawal harga telur ayam?,” katanya.

Berita berkaitan
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
14 jam lalu· Isu semasa
Dicabar dedah penyata akaun, DAP kata enggan layan cabaran Bersatu
February 7, 2023· Politik
PM dan pemimpin PH bermesyuarat di ibu pejabat UMNO, Asyraf Wajdi sambut
February 7, 2023· Politik
Pemotongan peruntukan kepada MP perlu dikaji semula, kata Menteri Kerja Raya
February 6, 2023· Politik
Popular
KJ tolak tuduhan Anwar AGC tak lulus pembelian vaksin Covid-19
February 8, 2023
Enam maut nahas di Genting
February 8, 2023
Pulau Pinang dilanda banjir
February 4, 2023
Selepas harga barang asas, kini harga besi dan simen juga naik pada Januari
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Harga petrol, diesel tak berubah hingga 15 Februari ini
2 jam lalu · Isu semasa
KJ tolak tuduhan Anwar AGC tak lulus pembelian vaksin Covid-19
3 jam lalu · Isu semasa
Enam maut nahas di Genting
4 jam lalu · Isu semasa
Hormat kedaulatan Malaysia, kata KP Imigresen isu tangkap PATI Indon
5 jam lalu · Isu semasa
Jho Low beritahu RM5j dari akaun Najib pindah kepada UMNO: Saksi
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
13 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok